Neelofa pernah dituduh mengalami Narcissistic Personality Disorder. Ini tanda-tandanya

Neelofa pernah dituduh mengalami Narcissistic Personality Disorder. Ini tanda-tandanya

Kontroversi terus melanda selebriti Neelofa walaupun baru sahaja mendirikan rumah tangga. Selepas isu majlis kahwin dan lawatan kerja ke Langkawi, muncul pula isu Neelofa mengeluarkan produk selipar mesra Muslim dengan kerjasama Fipper. Kontorversi tidak henti ini buat orang ramai berasa geram dan penat.

Ingatkah anda? Pada tahun lepas (2020), terdapat satu dakwaan yang tular ditulis oleh Putera Nur Muhammad Raihan. Dalam status panjang itu menceritakan seolah-olah Neelofa ini mempunyai suatu karakter yang datang dari penyakit mental dipanggil Narcissistic Personal Disorder (NPD).

Walaupun belum tentu dakwaan ini tepat, ia telah membuka ruang untuk kita membincang lebih mendalam mengenai Narcissistic Personal Disorder (NPD) yang ramai terlepas pandang.

Mungkin anda atau orang di sekeliling anda mengalaminya tapi tak berapa perasan. Apa kata, kita semua ambil tahu sikit pasal NPD.

Di sebalik keyakinan yang melampau ini terdapatnya harga diri yang sangat rapuh

Biar orang lain sengsara, aku tetap hebat. Imej dari Psycom

 “Narcissistic Personal Disorder (NPD) – salah satu daripada beberapa jenis gangguan personaliti – ia adalah keadaan mental di mana seseorang itu mempunyai perasaan untuk mengangkat kepentingan mereka sendiri,

keperluan yang mendalam untuk mendapatkan perhatian dan kekaguman diri yang berlebihan, hubungan yang bermasalah, dan kurangnya rasa empati terhadap orang lain.” – Petikan dari Mayo Clinic

Namun begitu, di sebalik keyakinan yang melampau ini terdapatnya harga diri yang sangat rapuh untuk menerima walaupun sedikit kritikan.

Narcissistic Personal Disorder menimbulkan banyak masalah dalam kehidupan, seperti hubungan, pekerjaan, sekolah atau urusan kewangan. Pihak Persatuan Psikiatri Amerika telah menyenaraikan sembilan kriteria untuk menentukan seseorang itu mengalami NPD.

  • Merasa mulia dengan mementingkan diri.
  • Sibuk dengan fantasi berkaitan kejayaan, kekuatan, kecemerlangan, keindahan, atau cinta yang tidak terbatas
  • Kepercayaan bahawa mereka istimewa dan unik dan hanya dapat difahami oleh, atau harus bergaul dengan, orang atau institusi istimewa atau bertaraf tinggi yang lain
  • Memerlukan orang lain mengaguminya secara berlebihan
  • Rasa berhak
  • Tingkah laku mengeksploitasi orang lain
  • Kekurangan empati
  • Iri hati terhadap orang lain atau kepercayaan bahawa orang lain iri terhadapnya
  • Menunjukkan tingkah laku atau sikap sombong dan angkuh

Hanya dengan lima dari sembilan kritieria ini, sudah cukup untuk seseorang itu dikategorikan sebagai pesakit NPD.

Pujian berlebihan atau kritikan berlebihan yang kurang sesuai dengan pengalaman anak

Aku rasa, aku terpuji orang lain tak. Imej FactDr

Masih lagi tidak diketahui apa yang menyebabkan Narcissistic Personal Disorder (NPD). Seperti perkembangan personaliti dan gangguan kesihatan mental yang lain, penyebab NPD ini mungkin kompleks. Ia boleh dikaitkan dengan:

  • Persekitaran – hubungan ibu bapa-anak tak berapa kena dengan pujian berlebihan atau kritikan berlebihan yang kurang sesuai dengan pengalaman anak
  • Genetik – ciri-ciri yang diwarisi
  • Neurobiologi – hubungan antara otak dan tingkah laku serta pemikiran

Oleh kerana penyebab NPD tidak diketahui, tidak ada cara yang khusus untuk mencegah keadaan tersebut. Walau bagaimanapun, ia dapat membantu dengan mendapatkan rawatan secepat mungkin untuk masalah kesihatan mental kanak-kanak atau mengikuti terapi keluarga.

Tujuannya untuk belajar cara sihat untuk berkomunikasi atau mengatasi konflik atau tekanan emosi serta mengikuti kelas keibubapaan dan dapatkan bimbingan daripada ahli terapi atau pekerja sosial jika diperlukan.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *