Otak orang ketagih pornografi berfungsi seperti otak orang ketagih arak dan dadah

Otak orang ketagih pornografi berfungsi seperti otak orang ketagih arak dan dadah

Pada tahun 2020 menyaksikan seluruh dunia termasuk rakyat Malaysia lebih banyak manghabiskan masa di rumah. Ini kerana situasi tidak menentu di luar akibat pandemik COVID-19.

Sewaktu awal-awal negara melaksanakan Perintah Kawalan Pegerekan (PKP), mungkin ramai yang terlepas pandang mengenai satu data mengejutkan melibatkan rakyat Malaysia.

Data itu menunjukkan bahawa rakyat Malaysia adalah antara yang paling banyak mencari kata kunci ‘corona’ atau ‘covid’ dalam sebuah laman pornografi.

Statistik bagi negara-negara yang paling banyak mencari kata kunci ini menunjukkan bahawa Malaysia berada di kedudukan ke-4 di seluruh dunia, dengan populariti carian sebanyak 84%.

Bayangkan, kalau dalam kalangan negara Asia, rakyat kita kira nombor satu buat carian itu di laman pornografi tersebut. Statistik seperti ini amat membimbangkan dan petanda ramai di antara kita mempunyai ketagihan menonton pornografi.

Untuk maklumat semua, ketagihan menonton pornografi ini sangat tidak sihat untuk otak.

Otak orang ketagih pornografi menunjukkan aktiviti yang sama seperti otak orang ketagih arak dan dadah

Imej dari The Independent

Pihak Universiti Cambridge telah melakukan satu kajian dengan menilai aktiviti otak 19 pengguna yang ketagihan pornografi berbanding sekumpulan orang yang tidak merasa ketagih menonton pornografi.

Hasil kajian menunjukkan orang yang ketagih dengan pornografi menunjukkan aktiviti otak yang serupa dengan orang yang ketagih alkohol atau penagih dadah.

Imej otak pengguna yang terlibat telah diimbas menggunakan kaedah Pengimejan Resonan Magnet (MRI) yang mendapati pusat ganjaran otak (reward centres of the brain) bertindak balas apabila melihat bahan pornografi dengan cara yang sama seperti seorang kaki botol ketika melihat iklan minuman keras.

 “Kami menemui aktiviti yang lebih besar di kawasan otak yang disebut ventral striatum, yang merupakan pusat ganjaran, yang terlibat dalam memproses ganjaran, motivasi dan kesenangan.

Apabila seorang kaki botol melihat iklan minuman keras, otak mereka akan menyala dengan cara tertentu dan mereka akan dirangsang dengan cara tertentu. Kami melihat aktiviti seperti ini dalam pengguna pornografi.” – Dr Valerie Voon, petikan dari Independent

Tanda-tanda dan rawatan yang boleh seseorang itu dapatkan

 

Imej dari Conquer Series

Bagi diri anda atau orang sekeliling, perlu juga ambil tahu apa tanda-tanda seseorang itu ketagihan pornografi. Antara yang disenaraikan oleh portal kesihatan Medical News Today adalah seperti di bawah:

  • Mereka mengabaikan tanggungjawab lain untuk melihat pornografi.
  • Mereka melihat pornografi yang lebih ekstrem secara progresif untuk mendapatkan rasa kepuasan selepas merasa puas dengan pornografi yang kurang ekstrem.
  • Mereka merasa kecewa atau malu setelah melihat pornografi tetapi terus melakukannya.
  • Mereka mahu berhenti menonton pornografi tetapi merasa tak mampu melakukannya.
  • Mereka membelanjakan sejumlah besar wang untuk pornografi, mungkin dengan perbelanjaan keperluan harian atau keluarga.
  • Mereka menggunakan pornografi untuk menghilangkan kesedihan, kegelisahan, insomnia, atau masalah kesihatan mental yang lain.

Jika anda sudah mempunyai masalah ketagihan ini, dapatkan bantuan dari orang terdekat termasuklah ibu bapa anda ,orang dewasa yang dipercayai, kaunselor sekolah, guru atau doktor. Kami sarankan jika malu, berjumpalah dengan pihak kaunselor di hospital untuk mendapatkan rawatan. Sekurang-kurangnya anda akan diberi rawatan seperti berikut:

  • Psikoterapi: Ini dapat membantu seseorang memahami hubungan mereka dengan pornografi, mengenal pasti keperluan seksual yang tidak terpenuhi, dan mengembangkan strategi untuk menangani masalah psikologi.
  • Kaunseling perhubungan: Kaunseling pasangan dapat membantu pasangan membicarakan nilai kehidupan mereka, menentukan sama ada pornografi mempunyai tempat dalam hubungan mereka, dan memupuk kepercayaan yang lebih mendalam.
  • Ubat: Kadang-kadang seseorang menggunakan pornografi untuk mengatasi keadaan lain. Ubat boleh membantu mengatasi masalah yang terpendam.
  • Perubahan gaya hidup: Sebilangan orang menggunakan pornografi kerana kebosanan atau keletihan. Gaya hidup yang lebih sihat mungkin diperlukan seperti rajin bersukan dan kurangkan masa di depan komputer atau telefon pintar.

 

5 thoughts on “Otak orang ketagih pornografi berfungsi seperti otak orang ketagih arak dan dadah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *