Aplikasi pantau kesihatan

Aplikasi pantau kesihatan

KERJA berlambak, jadual harian padat dan urusan di rumah membuatkan masyarakat moden terutama di kota sukar mencari waktu untuk menjaga kesihatan diri.

Untuk ke gimnasium atau menjaga diet terasa seperti buat kerja sepenuh masa, maka ramai yang mengabaikan aspek kesihatan dalam kehidupan mereka.

Mujur kita hidup di zaman serba canggih dan dikelilingi pelbagai peranti berteknologi tinggi contohnya telefon pintar yang dapat membantu.

Berikut disenaraikan lima aplikasi telefon pintar yang memudahkan anda menjaga kesihatan dan memantau diet harian.

1. MyFitnessPal

MyFitnessPal sudah agak lama berada di pasaran, namun masih ramai beranggapan ia aplikasi terbaik untuk motivasi dan menjejak kecergasan. Dinobatkan aplikasi kesihatan dan kecergasan terbaik di iTunes, MyFitnessPal menawarkan pengguna program diet menerusi pangkalan data yang amat mudah digunakan.

Ia menyenaraikan lebih lima juta makanan berbeza. Tidak kira jika anda mahu kurus atau memulakan diet baru, MyFitnessPal boleh menjadi rakan baik anda.

2. 8fit

Aplikasi ini menawarkan program latihan boleh ubah dan pelan makanan. Jika anda enggan menjadi pelanggan gimnasium atau sering bergerak ke sana ke mari, senaman yang diajarkan dalam 8fit boleh mengekalkan bentuk badan tanpa mengambil terlalu banyak masa anda.3. Headspace

Banyak kajian saintifik menganjurkan manfaat besar meditasi terhadap kesihatan kita.

Headspace boleh dikira jaguh dalam membawa meditasi kepada orang ramai. Penggunaan harian dapat membantu anda memperbaiki ketajaman fikiran, jadi lebih sabar, produktif dan tidur lebih lena.

4. Charity Miles

Konsep memberi balik dan mempunyai perasaan seperti anda menyumbang kepada masyarakat adalah sangat baik untuk kesihatan anda secara menyeluruh. Aplikasi Charity Miles membantu anda lebih bermotivasi dan pada masa sama memberi impak kepada orang lain.

Aplikasi percuma ini akan bertanya kepada anda apakah bentuk kerja amal yang ingin anda bantu dalam bentuk sumbangan dan setiap sebatu (1.6 kilometer) anda berjalan, berlari atau berbasikal, anda membantu badan amal terpilih menerima sumbangan wang hasil sumbangan korporat.

5. HealthTap

Daripada merujuk kepada Google setiap kali sakit, apa kata anjurkan soalan anda menerusi aplikasi HealthTap yang mempunyai pangkalan data doktor sebenar. Aplikasi ini membantu pesakit berhubung dengan doktor yang akan menjawab soalan berkaitan kesihatan.

Doktor terbabit akan memberi anda nasihat sebenar dan berguna untuk anda berasa lebih baik serta mungkin tidak memerlukan anda pergi ke klinik.

SUMBER: MYMETRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *