Tips menjaga kebersihan dan kesihatan

Tips menjaga kebersihan dan kesihatan

1. Berus Gigi Selepas Makan & Sebelum Tidur
Cara pertama untuk mengekalkan kebersihan diri adalah dengan menjaga kebersihan mulut dan gigi. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kebersihan gigi serta mengelakkan rongga nafas berbau dan gangguan orang lain. Dengan itu cara yang terbaik menjaga gigi dan mulut anda ialah memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Masa yang paling sesuai untuk berus gigi adalah selepas makan dan sebelum tidur. Jangan sesekali mengabaikan berus gigi pada waktu malam sebelum tidur kerana kebiasaan bakteria merosakkan gigi lebih aktif pada waktu malam ketika anda sedang tidur!

Tip Penjagaan Kebersihan dan Kesihatan Gigi
Cara memberus gigi adalah memberus selama dua minit dengan lembut tetapi dengan teliti. Gunakan berus gigi yang lembut agar tidak menyakitkan gusi dan jangan lupa untuk menggantikan berus secara berkala setiap 3 bulan untuk mengekalkan kebersihan berus gigi tersebut.

2. Mandi Dua Kali Sehari & Cuci Rambut

Setiap kawasan mempunyai iklim yang berbeza dan budaya mandi juga turut berbeza. Anda pasti perasan sesetengah orang yang berada di negara 4 musim hanya mandi sekali dalam sehari sahaja! Tapi sebagai penduduk negara yang bermusim tropika ini, adalah lebih baik anda mandi dua kali sehari. Secara amnya anda perlu mandi pada waktu pagi sebelum memulakan aktiviti dan petang selepas bekerja atau malam sebelum tidur.Pastikan anda menggosok badan anda ketika mandi sekurang-kurangnya sekali seminggu. Ini bertujuan untuk membersihkan sel-sel kulit mati yang mungkin tidak dapat dibuang dengan menggunakan sabun biasa.Manakala menjaga kebersihan rambut adalah dengan membasuh rambut anda dengan kerap sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu. Kenapa? Ini kerana jika anda kerap mencuci rambut boleh menyebabkan kulit kepala kering dan rambut menjadi rapuh.

3. Basuh Tangan Anda Dengan Sabun
Dalam musim wabak covid-19 yang melanda negara, anda disarankan untuk kerap membasuh tangan anda dengan sabun atau lebih baiknya dengan ‘hand satisizer’ yang mempunyai kandungan alkohol lebih 70%. Ini bagi membasmi kuman bakteria dengan lebih efisien.

Kepentingan membasuh tangan adalah untuk menjaga kebersihan diri terutamanya sebelum dan selepas makan, selepas menggunakan tandas, sebelum berinteraksi dengan anak kecil, sebelum dan selepas memasak, atau selepas bermain dengan haiwan peliharaan. Semua tempat boleh jadi tempat terletaknya bakteria! Tangan anda juga digunakan untuk menutup mulut ketika batuk dan bersin. Makanya basuhlah tangan anda selalu!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *