Alami tekanan perasaan? Ini 6 langkah dapatkan rawatan dari hospital/klinik

Alami tekanan perasaan? Ini 6 langkah dapatkan rawatan dari hospital/klinik

Pandemik COVID-19 telah mendatangkan banyak mudarat kepada kebanyakan orang. Bukan sahaja dari kesihatan fizikal, ia juga telah menyebabkan kesihatan mental seseorang terganggu. Sejak negara kita pernah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masalah emosi telah menjadi isu utama kesihatan mental rakyat Malaysia.

Pada 19 Mei 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah telah menyatakan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menerima sebanyak 8,380 panggilan telefon. Dari panggilan-panggilan itu, sebanyak 46.8 peratus berdepan masalah emosi . Selain itu, masalah psiakitri seperti kemurungan dan keresahan menyumbang sebanyak 2.4 peratus.

Ini membuktikan bahawa masalah emosi atau tekanan perasaan telah menjadi masalah utama rakyat Malaysia apabila pandemik COVID-19 datang melanda negara ini. Mungkin kita yang sedang mengalaminya. Atau mungkin rakan-rakan, jiran atau sahabat-handai kita yang mengalami masalah tekanan perasaan ini.

Jadi, semua masalah emosi ini boleh diurus dengan sebaiknya apabila kita pergi mendapatkan rawatan sewajarnya. Namun, tak semua orang tahu tatacara dapatkan rawatan masalah emosi dan masalah mental kan?

Langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mendapatkan rawatan psikiatri

Rawatan psikiatri bukan sekadar memberi makan ubat. Sumbar gambar dari Astro Awani

Ramai orang beranggapan bahawa untuk mendapatkan rawatan berkaitan masalah emosi dan mental ini terlalu sukar. Tapi, sebenarnya tidak serumit yang kita fikirkan. Seorang Pakar Psikiatri Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Ramli Musa pernah berkongsi langkah-langkah untuk mendapatkan rawatan psikiatri.

Realitinya, tiada beza sangat pun kes rujukan bagi kes-kes lain perubatan seperti bahagian pembedahan dan lain-lain. Antara langkah yang boleh dilakukan menurut Prof. Ramli Musa adalah:

  1. Anda harus membuat keputusan; sama ada hospital atau klinik mana yang menjadi pilihan anda. Dinasihatkan memilih hospital yang terdekat dengan tempat tinggal.
  2. Buat keputusan sama ada anda ingin mendapatkan rawatan di klinik kerajaan atau swasta. Rawatan di klinik swasta ada kelebihan. Antaranya tidak perlu menunggu lama untuk temujanji pertama. Dalam kes tertentu seperti panik, rawatan cepat dan awal membantu pesakit. Kelebihan lain, suasana tidak terlalu ramai.
  3. Jika anda membuat keputusan berjumpa doktor di premis kerajaan, dapatkan surat rujukan dari mana-mana doktor. Mana-mana doktor bermakna doktor di klinik kerajaan atau swasta atau kenalan doktor.
  4. Bawa surat rujukan (tidak semestinya bawa pesakit; wakil pun boleh) ke klinik psikiatri.
  5. Pihak hospital akan menapis kes-kes emergency atau non-emergency. Selalunya kes tidak kecemasan akan diberi tarikh temujanji. Bawa pesakit pada hari temujanji.
  6. Bagi kes-kes emergency, datang terus tanpa berlengah ke Jabatan Kecemasan mana-mana hospital.

Senarai hospital kerajaan dan hospital universiti yang menyediakan khidmat rawatan psikiatri

Hospital KL antara yang menyedikan rawatan psikiatri. Sumber gambar dari HKL

Jika anda memilih hospital kerajaan, RM5 bagi caj bagi setiap temujanji rawatan di sana namun, percuma bagi temujanji pertama. Di bawah adalah senarai hospital kerajaan yang mempunyai perkhidmatan pakar psikiatri:

  • Hospital Tuanku Fauziah, Kangar
  • Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star
  • Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani
  • Hospital Pulau Pinang, Penang
  • Hospital Taiping
  • Hospital Bahagia Ulu Kinta
  • Hospital Raja Permaisuri Bainun
  • Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
  • Hospital Kuala Lumpur
  • Hospital Selayang, Selangor
  • Hospital Kajang
  • Hospital Seremban
  • Hospital Melaka
  • Hospital Sultanah Aminah, JB
  • Hospital Permai, JB
  • Hospital Tengku Fatimah, Muar
  • Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
  • Hospital Temerloh
  • Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu
  • Hospital Mesra Bukit Padang
  • Hospital Sentosa, Kuching
  • Hospital Miri
  • Hospital Umum Sarawak
  • Hospital Sandakan

Selain hospital kerajaan, anda juga boleh pergi ke Hospital Pengajar seperti di UIAM Hospital – UIA- Kuantan, Hospital USM – Kubang Kerian, Hospital UPM Serdang, Pusat Perubatan UM– KL, Pusat Perubatan UKM – KL.

Boleh juga dapatkan konsultasi di Pusat Kesihatan Mental Komuniti (MENTARI)

Pusat Mental dan Psikiatri (MENTARI) diperkenalkan Kementerian Kesihatan menerusi jabatan mental dan psikiatri hospital awam sejak 2011 bagi menyediakan latihan serta sokongan pekerjaan kepada pesakit mental.

Anggara harga rawatan juga agak berpatutan dengan percuma bagi penuntut IPTA, staf kerajaan, pemegang kad OKU dan pesara kerajaan. Selain itu, RM1 bagi pendaftaran dan RM5 per sesi konsultasi.  Mengikut rekod MENTARI, seramai 377, 238 daripada orang kurang upaya (OKU) kategori mental menjalani program sokongan pekerjaan di 12 pusat MENTARI seluruh negara setakat 2017.

Di mana MENTARI ini ada? Di bawah adalah gambar bagi senarai lokasi MENTARI di Malaysia:

Senarai pusat rawatan psikiatri swasta popular di Malaysia

Kalau anda mempunyai rezeki lebih dan mahu suasana yang kurang sesak, semesti klinik atau pusat rawatan swasta akan menjadi pilihan. Di Malaysia ini agak banyak klinik atau pusat rawatan swasta yang anda boleh pilih.

Bagi pihak Kitasihat.my, ini beberapa klinik atau pusat rawatan swasta yang kami boleh cadangkan kepada anda semua:

  • Relate Malaysia: Rawatan yang ditawarkan adalah secara online seperti panggilan video dengan pakar terapi.  Antara rawatan yang ditawarkan adalah ujian saringan, sesi terapi individu dan berkumpulan, bergantung yang mana anda rasa selesa. Hubungi mereka di laman web RELATE MALAYSIA
  • Befrienders: Befrienders ini adalah sebuah khidmat talian bantuan dan sokongan emosi yang dikendalikan oleh sukarelawan. Kalau anda rasa tiada tempah untuk meluahkan perasaan, platform ni sesuai sangat sebab talian Befrienders ni aktif 24/7. Hubungi mereka di 603-76272929 atau email [email protected]

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *