5 punca kenapa kita senang rasa lapar sepanjang masa, walaupun tak berpuasa

5 punca kenapa kita senang rasa lapar sepanjang masa, walaupun tak berpuasa

Dalam kehidupan ini, selain dari tempat tinggal dan pakaian, seperkara lagi yang menjadi asas utama untuk hidup adalah makan dan minum. Melalui makan dan minumlah kita boleh memperoleh tenaga dan menjadi manusia normal yang mempunyai sistem pencernaan.

Akan tetapi, kadang-kadang masalah juga timbul apabila kita senang sangat rasa lapar, walaupun baru saja makan atau tak berpuasa pun. Jadi, apa puncanya keadaan ni terjadi? Untuk menjawab persoalan itu, pakar telah memberikan beberapa sebab utama iaitu:

1. Tak makan protein dan serat yang secukupnya

Protein penting untuk mengekalkan tenaga. Gambar dari Harvard University.

Untuk kekal sihat dan stabil, kita memerlukan semua nutrien makro iaitu protein, karbohidrat dan lemak. Walaupun karbohidrat sangat baik untuk memberikan tenaga – protein, lemak dan serat juga penting untuk mengekalkan tenaga tersebut.

Satu kajian yang diterbitkan oleh Nutrition Journal mendapati makanan ringan berprotein tinggi menyebabkan rasa lapar berkurang dan seseorang itu kenyang lebih lama. Oleh itu, kekurangan protein dan serat sememangnya boleh menjadi punca seseorang mudah lapar sepanjang masa.

2. Tak makan secukupnya

Tapi jangan berlebihan. Gambar dari Maskulin.

Tak dapat dinafikan yang kita semua digalakkan untuk makan secara sederhana dan tidak berlebihan. Bagaimanapun, masalah juga akan timbul sekiranya kita tidak makan secukupnya atas sebab-sebab tertentu seperti mahu mengurangkan berat badan, sedang ber-diet dan sebagainya.

Akan tetapi, sama ada kita mengurangkan kalori untuk menurunkan berat badan, kita nanti pasti akan berasa lapar kerana tak cukup makan untuk menampung keperluan biologi diri. Kelaparan sebenarnya adalah tanda dari tubuh bahawa ia memerlukan lebih banyak tenaga untuk berfungsi. Kelaparan turut akan menjadikan kita keletihan, kurang tumpuan, pening atau selalu memikirkan makanan.

3. Membakar tenaga yang lebih banyak, tanpa sedar

Bersenam sampai keletihan tanpa disedari. Gambar dari AlterG.

Ketidaksesuaian tenaga akan membawa kepada peningkatan atau kelaparan secara berterusan. Sekiranya kita bersenam lebih banyak pada intensiti yang lebih tinggi atau untuk jangka masa yang lebih lama, selera makan kita mungkin meningkat. Ini kerana, badan kita telah membakar lebih banyak kalori daripada biasa, tanpa kita sedar.

4. Makan terlalu cepat

Jangan gelojoh sangat bila makan. Gambar dari Tenor.

Dalam kesibukan bekerja atau melakukan aktiviti harian, kadang kala kita tak terlepas dari makan dengan cepat bagi mengejar masa. Hakikatnya, cara ini boleh membuatkan kita cepat lapar semula kerana kita berasa kurang puas dengan makanan yang dimakan. Jika kita makan secara teratur dan perlahan, penghayatan itu lebih baik dan kita akan lebih berasa puas dengan makanan tersebut.

5. Tak cukup tidur

Tidurlah secukupnya. Gambar dari Giphy.

Tidur memainkan peranan penting dalam mengatur hormon yang boleh menyumbang kepada peningkatan rasa lapar. Tempoh tidur pendek dihubungkan dengan peningkatan kadar ghrelin, hormon yang merangsang selera makan, dan penurunan kadar leptin, hormon kenyang.

Ini bermakna, bila kurang tidur – kita akan lebih cenderung berasa lapar dan menginginkan makanan bergula. Jadinya, cara terbaik adalah mengatur waktu dengan baik dan elakkan dari tidur lewat sehingga boleh menjejaskan hormon dan kesihatan.

Sumber: MyFitnessPal

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *