Jika berlaku darurat, ini 3 rutin harian untuk kita kekal sihat mental dan fizikal

Jika berlaku darurat, ini 3 rutin harian untuk kita kekal sihat mental dan fizikal

Berita dan cerita mengenai kerajaan yang mahu mengisytiharkan darurat atau mungkin ada nama lainnya sedang rancak diperkatakan. Semestinya, ia menambah rasa risau dan mendebarkan untuk kita yang bekerja, berniaga, mahasiswa dan lain-lain. Apa yang pasti, kita akan lebih kerap berada di rumah.

Sama ada anda bekerja dari rumah, mengikuti kelas secara maya, atau mengamalkan penjarakan fizikal untuk keselamatan anda dan orang tersayang, kita semua mengalami normal baru secara bersama.

Peralihan ini mungkin mudah bagi sesetengah orang, tetapi untuk mereka yang bekerja dan belajar dari rumah adalah perkara bukan kebiasaan untuk kebanyakan orang. Apabila hari berganti hari dan minggu berganti minggu, kita akan mula merasakan keinginan untuk menjalani kehidupan secara seimbang dan normal sekalipun terperap di rumah.

Jadi, bagi berdepan kehidupan harian dalam keadaan sama ada ‘darurat’ atau ‘normal baru’ ini, kita perlu biasakan diri dengan beberapa rutin harian.

1) Bagi yang bekerja di rumah – Setiap 50 minit bekerja, berehatlah 10 minit

Sudah pastinya, bagi mereka yang bekerja, kini sudah pun diarahkan untuk lebih keraa bekerja dari rumah (Work From Home). Suasana di rumah dan di pejabat/lapangan tidaklah serupa sama sekali. Oleh itu, anda semua yang terpaksa menghadap laptop di rumah kena lakukan sedikit adjustment sepanjang bekerja.

Pakar kesihatan berpendapat, setiap 50 minit anda bekerja, perlulah diperuntukkan masa selama 10 minit untuk berehat. Jika tugasan anda mahu diselesaikan dalam 30 minit setiap satunya, maka peruntukkanlah 5 minit untuk anda berehat. Jangan paksa diri bekerja seperti suasana pejabat.

Anda semua boleh set timer untuk pastikan rutin harian ini dapat dilaksanakan secara berdisiplin dan tenang.

2) Selepas kelas secara maya dan bekerja – Lakukan 5 regangan pantas ini agar kekal sihat

Selain berehat, tekanan yang anda rasai sepanjang menghadap laptop di rumah sama ada bekerja atau belajar boleh dikurangkan dengan melakukan sedikit sebanyak regangan atau stretchingRegangan badan ini sangat mudah dilakukan tetapi impaknya besar kepada kesihatan fizikal. Ia juga boleh dilakukan secara indoor atau pun outdoor (di halaman rumah).

Berikut adalah beberapa regangan pantas yang akan menyegarkan badan anda setelah duduk lama sepanjang hari.

1. Untuk regangan pinggul (Low lunges for hip flexor)

 

2. Untuk regangan bahu (Doorway stretch for shoulders)

 

3. Untuk regangan tulang belakang (Cat-cow flow for the back)

 

4. Untuk regangan keseluruhan badan selama 30 saat (30-second plank for your core)

 

5. Regangan 50 lompat bintang untuk degupan jantung

 

3) Mandi sepuasnya, manjakan diri dengan mencuci muka, memasak resepi yang menyeronokkan

Di saat kita terperap di rumah sama ada kerana kuarantin, darurat atau arahan lain dari kerajaan, adalah sangat penting untuk kita mengalihkan perhatian kita sebanyaknya dari memikirkan hal pandemik ini. Oleh kerana itu, rawatan diri dan aktiviti harian sangat penting untuk kesejahteraan anda.

Jaga kesihatan fizikal anda dengan mendapatkan mandian yang menenangkan, memanjakan diri dengan pedikur (pedicure) atau rawatan muka (face mask), membaca buku, tonton Netflix bersama keluarga, atau mencuba resepi yang menyeronokkan seperti Dalgona Coffee dan kongsi di group FB Masak Apa Tak Jadi.

Sekiranya anda ingin mempelajari sesuatu yang baru, sekarang adalah masanya! Cuba buat akitiviti bertukang dan tanya pendapat di group FB Tukang Apa Hari Ini. Mulakan aktiviti berkebun dalam kawasan rumah, tanamlah sayur apa yang rasa nak buat lauk.

Ingatlah bahawa rasa damai dan bersemangat anda sama pentingnya dengan produktiviti anda.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *