Makan lobak merah boleh pulihkan rabun? Ini mitos-mitos tentang kesihatan mata

Makan lobak merah boleh pulihkan rabun? Ini mitos-mitos tentang kesihatan mata

Mata sememangnya adalah salah satu anggota paling penting pada tubuh manusia. Kerana dengannyalah kita boleh melihat dan melakukan aktiviti seharian dengan mudah. Tapi, banyak juga mitos dikaitkan dengan kesihatan mata yang kita dengar sehingga ke hari ini. Malah, ada di antaranya yang mula dipercayai dan diterima oleh masyarakat.

Berikut adalah mitos-mitos tentang kesihatan mata yang kita kena tahu:

1. Lama di depan skrin komputer boleh merosakkan mata

Terlalu lama di depan komputer juga boleh membuatkan kita sakit belakang. Gambar dari Help Desk Geek.

Boleh dikatakan ketika ini, komputer menjadi salah satu peranti penting dalam banyak urusan seharian kita. Akan tetapi, terlalu lama melihat skrin komputer dikatakan boleh merosakkan mata. Sebenarnya, jika kita melihat skrin komputer selama berjam-jam, ia hanya akan menyebabkan ketidakselesaan pada mata atau dikenali sebagai computer vision syndrome (CVS).

Tetapi, sehingga ini belum terbukti CVS boleh menyebabkan kerosakan kepada mata seperti katarak. Simptom-simptom CVS bagaimanapun boleh jadi seperti – mata kabur, rabun berganda, mata kering, mata merah dan sakit kepala. Jika anda berhadapan dengan simptom ini, anda boleh mendapatkan rawatan.

2. Cabut gigi boleh sebabkan penglihatan kabur

Kesihatan gigi juga tak kurang pentingnya. Gambar dari Pinterest.

Apa yang nak diberitahu di sini adalah mencabut gigi tidak akan membuatkan penglihatan seseorang itu kabur sama sekali. Bagaimanapun, rabun berganda atau kabur boleh terjadi kerana kesan bius, tapi ia hanya secara sementara dan akan pulih sepenuhnya kemudian.

3. Makan lobak merah boleh pulihkan mata yang rabun

Lobak merah antara sumber Vitamin A yang baik. Gambar dari Good Housekeeping.

Pada asasnya, lobak merah adalah makanan yang kaya dengan beta-carotene iaitu pigmen karotid yang juga boleh dijumpai pada buah oren, sayur-sayuran, keju, susu, kuning telur dan hati. Karotid juga adalah precursor penting untuk vitamin A, di mana kekurangan vitamin A yang ekstrem boleh menyebabkan seseorang itu buta. Akan tetapi, jika masalah kesihatan kita tak ada kaitan dengan Vitamin A, penglihatan kita tak akan berubah, walaupun lepas kita makan berbiji-biji lobak merah.

4. Kuasa cermin mata boleh berkurang atau boleh bertambah kalau dipakai setiap hari

Cermin mata hanya alat bantuan penglihatan saja. Gambar dari Giphy.

Tentang kuasa cermin mata untuk bertambah atau berkurang, ia bergantung kepada pertumbuhan mata pesakit yang memakainya. Cermin mata hanyalah sekadar alat bantuan penglihatan yang membantu seseorang melihat dengan lebih jelas.

5. Kanak-kanak juling tidak perlu dapatkan rawatan

Juling sebenarnya boleh dirawat. Gambar dari Shalby Hospitals.

Sebenarnya, juling lebih mudah untuk dirawat ketika seseorang itu masih di peringkat usia kanak-kanak. Ini kerana, jika tidak dirawat, ia boleh menjadi juling kekal. Oleh itu, ibu bapa sangat digalakkan untuk membawa anak mereka melakukan pemeriksaan mata sejak bayi, untuk mengelakkan perkara sebegini dari berlaku.

Sumber: MyHEALTH

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *