Trauma ketika berusia 12 tahun. Ini kisah Nana Sheme survivor masalah mental

Trauma ketika berusia 12 tahun. Ini kisah Nana Sheme survivor masalah mental

Terpulanglah, mau jadi apa
Mau jadi hantu, mau jadi buaya
Terpulanglah, mau bikin apa
Mau bikin masalah, serah teruskan saja

Mesti pernah nyanyi lagu ni kan waktu pergi karaoke? Untuk yang tak tahu, ini adalah lagu bertajuk Hantu Atau Buaya nyanyian artis tempatan, Nana Sheme. Memang terkenal di pusat karaoke sebab berjaya menduduki carta 10 lagu popular di pusat karaoke Red Box sepanjang 2015.

Namun, kita semua mungkin tak berapa tahu mengenai kisah dari sisi lain Nana Sheme yang pernah dikongsikannya. Untuk pengetahuan semua, Nana Sheme pernah berjumpa pakar psikiatri berikutan trauma yang dialami sewaktu berusia 12 tahun. Dengan masalah ini serta tekanan kerja yang wujud di dalam industri hiburan, dia telah memilih untuk merawat kesihatan mentalnya.

Nana Sheme jumpa pakar psikiatri dan menjauhi media sosial

Manis mukanya. Gambar dari mStar

Selepas menjadi terkenal dengan lagu Hantu Atau Buaya, Nana Sheme mula menghadapi masalah dalam industri hiburan. Dia mengatakan bawah agak sukar untuk dirinya mencapai jangkaan yang diharapkan dalam industri. Ini termasuklah untuk memenuhi kepuasan pihak pengurusan dan para peminat. Selain itu, dia juga merupakan seorang introvert, namun terpaksa menjadi extrovert atas urusan kerja.

Selain tekanan dalam industri, Nana Sheme juga seperti yang kita ceritkan tadi mempunyai masalah trauma yang dialaminya sejak berumur 12 tahun. Umpama bom jangka, akhirnya dia terpaksa memilih untuk melakukan sesuatu terhadap tekanan yang dihadapinya ini.

Banyak yang kita boleh belajar dari Nana Sheme dalam menguruskan masalah kesihatan mentalnya. Salah satu yang dilakukannya ialah dengan bertemu pakar psikiatri. Tindakan ini dilakukakn kerana memikirkan dirinya adalah pejuang yang tak boleh mengalah. Selain itu, dia juga telah memilih untuk berehat dari media sosial. Dalam tempoh berehat itu, dia memanfaatkan untuk memperbaiki diri dan hubungannya bersama keluarga serta orang sekeliling.

Setelah beberapa ketika, Nana Sheme berjaya merawat tekanan serta masalah kesihatan mental dengan jayanya. Kini, dia mendapat semangat baru dan aktif semula dalam industri hiburan.

Media sosial bukan pengganti perhubungan manusia dalam dunia nyata

Gambar dari Top Educatio Hub

Hari ini, ramai antara kita bergantung pada platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Snapchat, YouTube, dan Instagram untuk mencari dan berhubung antara satu sama lain. Walaupun ia mempunyai faedah tersendiri, penting untuk kita ingat bahawa media sosial tidak boleh menjadi pengganti perhubungan manusia dalam dunia nyata.

Ia memerlukan hubungan secara langsung dengan orang lain untuk menghasilkan hormon yang mengurangkan tekanan dan membuat anda merasa lebih bahagia, lebih sihat, dan lebih positif. Pada asalnya, teknologi yang dirancang adalah untuk mendekatkan sesama kita. Namun, menghabiskan terlalu banyak masa dengan media sosial boleh membuatkan anda merasa lebih kesunyian dan terpinggir. Apa yang memburukkan lagi keadaan,  ia boleh menyebabkan kesihatan mental seperti kegelisahan dan kemurungan.

Jadi, mungkin telah tiba masanya untuk kita semua memeriksa semula habit online dan mencari keseimbangan sebagai pengguna media sosial. Ini antara langkah-langkahnya:

  1. Kurangkan masa online: Kajian University of Pennsylvania pada tahun 2018 mendapati bahawa mengurangkan penggunaan media sosial hingga 30 minit sehari menyebabkan penurunan tahap kegelisahan, kemurungan, kesunyian, masalah tidur, dan FOMO (perasaan takut terlepas berita). Tetapi anda tidak perlu mengurangkan penggunaan media sosial secara drastik untuk meningkatkan kesihatan mental anda. Perlahan perlahan kayuh.
  2. Ubah fokus anda: Sebahagian besar daripada kita mengakses media sosial semata-mata kerana kebiasaan atau untuk membunuh masa lapang. Lain kali apabila  anda mengakses media sosial, berhenti sebentar dan tumpukan fokus log in itu untuk apa. Contohnya, log in untuk mencari maklumat tertentu, mencari berita rakan anda yang sakit, atau kongsi foto baru anak-anak anda dengan keluarga.
  3. Luangkan lebih masa dengan orang lain secara offline: Kita semua memerlukan hubungan dengan orang sekeliling untuk merasa bahagia dan sihat. Terdapat banyak cara untuk membina hubungan yang bermakna tanpa bergantung pada media sosial.
  4. Luahkan penghargaan terhadap diri: Kurangkan membandingkan diri dengan orang lain di media sosial. Jika tidak, anda akan terus merasa kecewa setiap hari. Bersyukur dengan diri anda serta terus majukan diri dengan belajar sesuatu yang baru.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *