Popeye makan bayam jadi kuat? Ini kebaikan bayam kepada otot ramai tak tahu

Popeye makan bayam jadi kuat? Ini kebaikan bayam kepada otot ramai tak tahu

Dari dulu lagi kita dah diperkenalkan dengan sayur bernama bayam atau spinach.  Semestinya yang paling terkenal adalah cerita kartun yang menjadikan bayam sebagai sumber kekuatan Popeye. Ketika berhadapan dengan masalah atau musuh, kartun kelasi kapal itu tadi   akan membuka setin bayam lalu memakannya. Setelah habis, bisepnya akan membesar dan kekuatan baru yang dihasilkannya akan menyaksikan Popeye mengatasi musuhnya.

Makan kegemaran Popeye. Sumber gambar dari Economic Times

Walaupun begitu, bukanlah dengan satu tin bayam itu sahaja dah cukup untuk menampakkan hasil. Ia barangkali memerlukan lebih dari beberapa tin bayam untuk menunjukkan hasil, kerana para atlet memakan 4 kg sayur selama berminggu-minggu sebelum prestasi mereka bertambah baik. Ini menunjukkan bahawa bayam ini mempunyai manfaatnya bila kita konsisten makan.

Sukar mencari sayur yang lebih kaya dengan Vitamin K berbanding bayam

Nampak menyelerakan. Sumber gambar dari Farm Flavor

Sayur bayam terkenal dengan khasiatnya dan selalu dianggap sebagai tanaman dengan kemampuan luar biasa untuk mengembalikan tenaga, meningkatkan daya hidup dan meningkatkan kualiti darah. Terdapat alasan kukuh mengapa bayam akan menghasilkan manfaat seperti itu, terutama fakta bahawa ia kaya dengan zat besi.

Zat besi memainkan peranan penting dalam fungsi sel darah merah yang membantu mengangkut oksigen ke seluruh tubuh, dalam penghasilan tenaga dan sintesis DNA. Bayam juga merupakan sumber vitamin K, vitamin A, vitamin C dan folat yang sangat baik di samping menjadi sumber mangan, magnesium, zat besi dan vitamin B2 yang baik.

Vitamin K penting untuk menjaga kesihatan tulang dan sukar untuk mencari sayur-sayuran yang lebih kaya dengan vitamin K daripada bayam. Yang lain yang ada termasuk kangkung, brokoli dan kubis hijau. Selain itu, telah terbukti bahawa bayam mengandungi bahan kimia seperti steroid semula jadi yang disebut ecdysterone yang meningkatkan jisim otot

Warna hijau gelap daun bayam petanda kadar klorofil yang tinggi

 

Kita masak panas-panas pun nampak hijau lagi. Imej dari Leite’s Culinari

Warna hijau gelap daun bayam menunjukkan bahawa ia mengandungi kadar klorofil dan karotenoid yang meningkatkan kesihatan (beta karoten, lutein dan zeaxanthin). Bahan phytokimia ini mempunyai sifat anti-radang dan anti-barah dan sangat penting untuk penglihatan mata yang sihat, membantu mencegah degenerasi makular (mata kabur) dan katarak.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *