Bekalan air putus lagi. Berapa banyak air perlu diminum untuk turunkan berat badan?

Bekalan air putus lagi. Berapa banyak air perlu diminum untuk turunkan berat badan?

Isu dan berita berkaitan bekalan air ini tak pernah henti. Bagi rakyat Selangor, terputus bekalan air seperti acara bulanan pula. Kebanyakan masalah ini berlaku kerana berlaku pencemaran air di sungai yang menjadi sumber bekalan air bersih. Ini agak merisaukan buat rakyat Selangor, ditambah pula situasi pandemik COVID-19 yang belum tahu bila akan selesai.

Namun begitu, disebabkan kita dalam suasana Perintatah Kawalan Pergerakan sama ada Bersyarat atau Diperketatkan, maka lebih banyak masa diluangkan di rumah. Kurang aktiviti dan pergerakan ketika di rumah. Ramai antara kita yang semakin gusar akan berat badan yang semakin meningkat.

Jadi, bila air dan berat badan disekalikan memang ada berita baik. Iaitu minum air yang secukupnya boleh menurutkan berat badan. Tapi, berapa banyak kena minum?

Kajian buktikan wanita yang berlebihan berat badan, boleh turunkan 2kg berat badan dengan minum 1 liter sehari

 

Malaysia jaguh dalam obesiti. Imej dari iMedik

Sejak zaman berzaman, air minuman dianggap dapat membantu mengurangkan berat badan. Banyak kajian menunjukkan bahawa minum lebih banyak air boleh memberikan manfaat kepada penurunan dan mengekalkan berat badan.  Sebilangan besar fakta disenaraikan di bawah adalah kajian serta kesan minum satu, 0.5 liter (17 oz) air.

Minum air meningkatkan jumlah kalori yang dibakar, yang dikenali sebagai penggunaan tenaga rehat (resting energy expenditure). Untuk orang dewasa, penggunaan tenaga rehat (kalori yang dibakar)  telah terbukti meningkat sebanyak 24-30% dalam masa 10 minit selepas air diminum. Ini berlangsung sekurang-kurangnya dalam 60 minit.

Selain itu, kajian mengenai wanita yang berlebihan berat badan diuji dengan kesan peningkatan pengambilan air hingga lebih dari 1 liter (34 oz) sehari. Kajian itu mendapati bahawa dalam tempoh 12 bulan, ia mengakibatkan penurunan berat badan tambahan 2 kg. Oleh kerana wanita itu tidak membuat perubahan gaya hidup kecuali minum lebih banyak air, hasil ini sangat mengagumkan.

Berapa banyak air minuman diperlukan untuk seseorang itu kurangkan berat badan?

 

Minum air secukupnya walau di mana anda berada. Imej dari Crushpixel

“Berdasarkan kajian, minum 1-2 liter air setiap hari cukup untuk membantu mengurangkan berat badan.” – Petikan dari Healhtline

Seperti dalam banyak perkara, keperluan air bergantung sepenuhnya kepada individu. Contohnya, orang yang banyak berpeluh atau bersenam secara berkala mungkin memerlukan lebih banyak air daripada mereka yang tidak terlalu aktif. Begitu juga, orang tua dan ibu yang menyusukan bayi juga perlu memantau pengambilan air mereka dengan lebih rapat.

Perlu diingatkan juga bahawa anda juga mendapat air dari pelbagai makanan dan minuman, seperti kopi, teh, daging, ikan, susu, buah-buahan dan sayur-sayuran. Sebagai panduan asas, anda harus selalu minum air ketika anda dahaga, dan minum secukupnya untuk menghilangkan dahaga anda.

Sekiranya anda mendapati anda mengalami sakit kepala, sedang dalam mood yang tidak baik, selalu lapar atau mengalami masalah untuk fokus, maka anda mungkin mengalami dehidrasi ringan. Minum lebih banyak air boleh membantu menyelesaikannya.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *