Kenapa lebih ramai lelaki mati di seluruh dunia akibat COVID-19 berbanding wanita?

Kenapa lebih ramai lelaki mati di seluruh dunia akibat COVID-19 berbanding wanita?

Siapa sangka, tahun 2020 menyaksikan COVID-19 mengganas hampir di setiap negara di dunia ini. Sempadan negara juga ditutup. Kuarantin di dalam rumah telah dilaksanakan. Kini, negara-negara di dunia ini sama ada sedang menghadapi gelombang peningkatan kes atau dalam proses pemulihan.

Namun begitu, agak menarik untuk kita melihat laporan-laporan yang mengatakan bahawa lelaki lebih ramai terkesan akibat pandemik COVID-19 di serata dunia berbanding wanita. Betul ke? Jika, benar berlaku, kenapa agaknya?

43 kematian untuk setiap 100,000 lelaki, berbanding dengan 23 kematian untuk setiap 100,000 wanita

 

Betapa penatnya jadi barisan hadapan. Imej dari Daily Sabah

Lebih ramai lelaki mati akibat COVID-19 di seluruh dunia daripada wanita, dan kemungkinan sebabnya merangkumi faktor biologi atau habit yang buruk dalam kehidupan seharian. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa 63 peratus kematian yang berkaitan dengan COVID-19 di Eropah berlaku dalam kalangan lelaki.

Satu kajian oleh ‘Frontiers In Public Health’ yang diterbitkan pada bulan April melaporkan bahawa lelaki dan wanita sama-sama cenderung dijangkiti COVID-19. Walau bagaimanapun, para penyelidik juga melaporkan bahawa lelaki lebih cenderung mengalami kesan penyakit yang teruk.

Di New York City, lelaki yang mati akibat COVID-19 adalah hampir dua kali ganda berbanding wanita. Jabatan kesihatan bandar di sana melaporkan pada awal April bahawa 43 kematian COVID-19 untuk setiap 100,000 lelaki, berbanding dengan 23 kematian untuk setiap 100,000 wanita.

Para penyelidik China juga mengatakan bahawa dalam satu subset pesakit COVID-19 yang besar, lebih daripada 70 peratus mereka yang mati adalah lelaki. Mereka mengatakan bahawa menemui hasil yang sama ketika mereka meneliti penyelidikan dari Wabak Sindrom Pernafasan Akut (SARS) pada tahun 2003.

Di Malaysia, dilaporkan oleh Dr Noor Hisham pada April 2020, bahawa hampir 75 peratus kematian COVID-19 di Malaysia adalah dalam kalangan lelaki kerana lebih ramai lelaki berbanding wanita menghadiri aktiviti di luar rumah, termasuk perhimpunan di Seri Petaling.

Dalam kebanyakan budaya, lelaki cenderung terlibat dalam pekerjaan luar?

 

Kerja pembinaan memang ramai lelaki. Imej dari The National News

Satu kajian yang diterbitkan oleh European Heart Journal pada 10 Mei 2020 melaporkan bahawa lelaki mempunyai kepekatan enzim penukaran angiotensin 2 (ACE2) yang lebih tinggi dalam darah daripada wanita. Oleh kerana ACE2 membolehkan koronavirus menjangkiti sel yang sihat, ini dapat membantu menjelaskan mengapa lelaki lebih mudah dikangkiti COVID-19 berbanding wanita.

“Wanita, kerana kromosom X tambahan mereka, mempunyai sistem imun dan tindak balas yang lebih kuat terhadap jangkitan daripada lelaki.” – Dr. Stephen Berger

Selain itu, tingkah laku yang mempengaruhi kesihatan paru-paru, seperti merokok, juga boleh berperanan dalam kesan penyakit ini kepada lelaki. Contohnya, di China, merokok adalah kebiasaan bagi lelaki, mengakibatkan banyak lelaki menderita penyakit paru-paru kronik. Ini menyebabkan lelaki berada dalam risiko yang jauh lebih besar sekiranya mereka mendapat COVID-19.

Dalam kebanyakan budaya, lelaki cenderung terlibat dalam pekerjaan luar, mendedahkan mereka kepada keadaan yang berkaitan dengan iklim dan pencemaran yang melampau. Ini secara langsung juga dapat mempengaruhi tindak balas mereka terhadap jangkitan seperti COVID-19.

Angka kematian yang lebih tinggi dalam kalangan lelaki akibat pandemik bukanlah perkara baru. Kajian mengenai selesema sedunia tahun 1918, misalnya, mendapati bahawa lelaki dewasa meninggal pada kadar yang jauh lebih tinggi daripada wanita, mungkin kerana lebih banyak lelaki mempunyai sejarah tuberkulosis yang merosakkan paru-paru.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *