Negara dah ada bajet sendiri. Berapakah bajet makanan sihat anda dalam sehari?

Negara dah ada bajet sendiri. Berapakah bajet makanan sihat anda dalam sehari?

Seperti yang kita semua tahu, kerajaan telah pun membentangkan Belanjawan 2021 sebagai bajet yang akan digunakan untuk mengurus negara. Bajet kali ini dilaporkan sebagai bajet paling besar pernah diperuntukan dengan jumlah RM322.5 bilion. Walaupun begitu, bajet ini akan diluluskan mengikut proses perundangan seperti dibahaskan dahulu di dewan rakyat.

Dalam kita syok dengar perbahasan yang berlaku, perlu kita bahaskan juga pasal bajet harian kita dari sudut makanan. Bukan sebarangan makanan, tetapi makanan sihat. Mana taknya, sepanjang pandemik COVID-19 melanda ni, kita kurang aktiviti luar yang menjadikan kehidupan seharian kita kurang aktif dan tak sihat. Inilah masanya kita merancang.

Menu sihat bukanlah terlalu mahal, kita hanya perlu merancang dengan beberapa langkah

“Menjadi sihat adalah tindakan revolusi .”

Ini bermaksud kita kena ubah cara berfikir dan cara mengurus pemakanan. Makan secara sihat tidak semestinya mahal. Bagi mereka yang bekerja, perancangan mingguan menjimatkan masa dan wang. Ini kerana ketika hari bekerja, kita sering makan pada waktu petang, jadi memasak makanan yang rumit jam 5 pagi bukan pilihan yang memikat hati.

Perancangan merangkumi langkah-langkah di bawah:

  1. Rancang dan tuliskan sarapan, makan tengah hari, makan petang ringan-ringa dan makan malam anda selama seminggu. Tulis dalam smart phone je.
  2. Senaraikan bahan makanan basah dan kering yang perlu anda beli selama seminggu. Membeli bahan makanan kering dalam jumlah besar dan bahan makanan basah di pasar tempatan. Senarai ini sangat penting untuk memastikan anda tidak akhirnya membeli lebih daripada apa yang anda perlukan dan belanjakan.
  3. Masak awal (pre-cook) makanan anda bila boleh. Anda boleh menyusun makanan pre-cook anda ke dalam bekas makanan, membekukan buah-buahan anda, memasak dan menyejukkan rebusan, sup atau kari.

Ini juga akan mengurangkan tekanan harian yang anda hadapi di dapur untuk membuat masakan makan malam. Dengan cara tersusun, anda akan dilengkapi dengan baik untuk minggu yang akan datang dan tidak akan mengambil jalan mudah dengan membeli fast food selalu.

Berapa bajet harian makanan sihat anda? Ini anggaran yang boleh dibuat

1. Untuk Sarapan, buat minuman Smoothie…

Bahan-bahan yang boleh digunakan: sebiji pisang (RM1) + beberapa daun bayam (RM0.50) + sebiji kiwi (RM2.00) + sedikit air susu soya (RM0.50) = RM4.00

2. Untuk makan tengah hari, buat nasi, ayam goreng tumis dan brokoli kisar…

Bahan-bahan yang boleh digunakan: sehidangan nasi (RM0.20) +  ayam bahagian peha (RM3.00) + sehidangan brokoli (RM1.50) + sebiji cili (RM1.00) + sebiji bawang merah (RM0.20) = RM5.40

3. Untuk makan petang ringan-ringan, buat teh hijau dan beberapa potong epal

Bahan-bahan yang boleh digunakan: satu uncang teh hijau (RM0.20) + sebiji epal (RM1.00) = RM1.20

4. Untuk makan malam, buat sup tomato

 

Bahan-bahan yang boleh digunakan: 5 biji tomato (RM3.00) + sebiji bawang merah (RM0.20) + 4 ulas bawang putih (RM0.10) + dua sudu mentega (RM1.00) + 2 sudu tepung serba guna (RM0.20) = RM4.50

Makanan sihat yang terancang perbelanjaannya lebih bermanfaat dan menjimatkan

Memang tak dapat disangkal lagi bahawa ramai yang memilih untuk makan makanan yang cepat siap seperti fast food ketika bekerja. Sebenarnya, ini semua berlaku kerana kita tidak merancang awal dari segi pembelian dan masakan awal dari rumah. Kalau kita ambil sikit masa untuk rancang, memang perbelanjaan lebih jimat dan kita boleh pilihan makanan sihat yang berpatutan dengan komitmen kewangan kita.

Seperti contoh di atas, untuk sarapan, makan tengah hari, makan petang dan makan malam hanya memerlukan perbelanjaan berjumlah RM15.10. Taklah mahal sangat kalau bajet makan harian kita bawah RM20 atau RM30 sehari bukan? Jadi, dengan misi berpada-pada dan makan secara sihat ini, mari kita rancang awal dan menimkati manfaatnya kepada kesihatan kita.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *