Tanpa gula putih? Ini resipi kek pisang ‘sihat’ yang kita boleh cuba

Tanpa gula putih? Ini resipi kek pisang ‘sihat’ yang kita boleh cuba

Dengar kata, ramai yang kembali mencuba resipi-resipi baru di rumah selepas kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) awal minggu ini. Lebih-lebih lagi bila nampak video sweet Mira Filzah dan suami buat kek pisang baru-baru ni.

Tapi, dalam masa sama – kek ni selalunya dikategorikan sebagai makanan yang tak sihat sebab mempunyai bahan-bahan seperti gula, pewarna dan sebagainya. Namun, jangan risau sebab ada je cara nak buatkan sesuatu makanan tu sihat dan selamat dimakan.

Jadinya, kali ni kami akan kongsikan resipi KEK PISANG SIHAT yang semua orang boleh cuba buat di rumah.

Apa yang membuatkan KEK PISANG ini sihat?

Resipi kek ni sihat sebab:

  1. Ia dibuat dengan 100% whole wheat flour (boleh juga tepung oat), tidak seperti resipi kek pisang lain yang menggunakan tepung halus dan banyak gula yang diproses.
  2. Kek pisang ini manis secara semula jadi dengan menggunakan madu atau sirap maple, dan bukannya gula putih.
  3. Tak menggunakan butter sepenuhnya, tetapi cuba menggunakan sumber minyak lain seperti minyak kelapa dara, minyak zaitun (extra-virgin) atau minyak sayuran.
Contoh Whole Wheat Flour. Imej dari Clean eating grocer

Bahan-bahan:

*Bahan ini untuk kek pisang di dalam loyang bersaiz 9 × 5 inci.

  • ⅓ cawan minyak kelapa cair atau minyak zaitun extra-virgin atau minyak sayuran berkualiti tinggi
  • ½ cawan madu atau sirap maple (155 gram)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan pisang masak tumbuk (kira-kira 2 ½ pisang sederhana atau 2 besar)
  • ¼ cawan susu pilihan atau air
  • 1 sudu teh baking soda (bukan serbuk penaik; itu lain)
  • 1 sudu teh ekstrak vanila
  • ½ sudu teh garam
  • 1 ¾ cawan whole wheat flour atau tepung oat
  • 5 ke 6 ulas pisang

Cara memasak:

  • Panaskan ketuhar hingga 165 darjah Celsius dan griskan loyang.
  • Di dalam mangkuk besar, pukul minyak dan madu bersama.
  • Masukkan telur dan pukul rata, kemudian masukkan pisang (yang telah dilenyek dan susu).
  • Masukkan baking soda, vanila, garam, dan pukul sehingga sebati.
  • Selepas itu masukkan tepung dan kacau hingga sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang.
  • Bakar selama 55 hingga 60 minit, atau boleh juga cucuk kek dengan pencungkil gigi untuk lihat sama ada ia telah masak atau belum.
Mungkin macam ni rupanya

Sambil makan, sambil jaga kesihatan

Dengan resipi ini, anda boleh buat kek pisang yang benar-benar sihat. Ini kerana, seperti yang dikatakan awal tadi – ia mengggunakan 100% whole wheat flour dan pemanis semula jadi dari madu atau sirap maple. Tak salah sebenarnya untuk kita makan apa yang kita suka, tapi ia hendaklah baik untuk kesihatan.

Jadi, apa tunggu lagi? Cuba lah di rumah sekarang!

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *