Tak geli makan kaki ayam beri kelebihan pada tulang dan kulit kita? Ini sebabnya

Tak geli makan kaki ayam beri kelebihan pada tulang dan kulit kita? Ini sebabnya

Bila dengar pasal kaki ayam, dalam fikiran kita mesti akan fikir ia sesuatu yang kotor. Walaupun kaki ayam sering dijadikan bahagian buangan bagi sesetengah orang, di beberapa negara di seluruh dunia, ia biasa dijadikan makanan. Ini termasuklah Malaysia, Mexico, Afrika Selatan, Jamaica dan Trinidad.

Kaki ayam selalu digoreng dan disajikan sebagai sup, jadi anda mungkin tertanya-tanya sama ada kaki ayam ini sihat atau tak untuk dimakan.

Kaki ayam kebanyakannya terdiri daripada tisu penghubung

Goreng pun padu. Imej dari Maskulin

Maklumat dari portal kesihatan Healthline mengatakan bahawa kaki ayam kebanyakannya terdiri daripada tisu penghubung – kulit, tulang rawan, tendon, dan tulang. Namun, ia masih cukup berkhasiat dan memberikan sejumlah vitamin dan mineral.

Hidangan 2 kaki ayam (70 gram) menyediakan:

  • Kalori: 150
  • Protein: 14 gram
  • Lemak: 10 gram
  • Karbohidrat: 0.14 gram
  • Kalsium: 5% daripada Nilai Harian
  • Fosforus: 5% daripada Nilai Harian
  • Vitamin A: 2% daripada Nilai Harian
  • Folat (vitamin B9): 15% daripada Nilai Harian

Manfaat kesihatan kaki ayam yang berpotensi banyak dikaitkan dengan kandungan kolagennya yang tinggi

Sup pun mantap juga. Imej dari Media Malaya

Kira-kira 70% daripada kandungan protein kaki ayam adalah kolagen, protein berstruktur yang memberikan bentuk, kekuatan, dan ketahanan terhadap kulit, tendon, otot, tulang, dan ligamen anda. Kaki ayam juga merupakan sumber folat yang baik (vitamin B9), yang membantu sintesis DNA dan membantu mencegah kelahiran tidak normal.

Manfaat kesihatan kaki ayam yang berpotensi banyak dikaitkan dengan kandungan kolagennya yang tinggi. Antara manfaat lainnya adalah:

  • Boleh meningkatkan kesihatan dan penampilan kulit: Kolagen boleh berfungsi dengan meningkatkan kadar asid hyaluronik, molekul penahan air yang dipercayai dapat membantu mencegah penuaan kulit.
  • Boleh membantu mengurangkan sakit sendi: Kolagen pada kaki ayam dapat melegakan sakit sendi. Kajian menunjukkan bahawa kolagen dapat merangsang pertumbuhan semula tisu untuk mengurangkan gejala osteoartritis.
  • Boleh membantu mencegah kehilangan fungsi tulang: Pengambilan kolagen dapat meningkatkan pembentukan dan kepadatan tulang pada wanita yang dalam fasa pasca menopause.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *