Shaheizy Sam dikecam tayang vape? Ini keburukan hisap vape kepada paru-paru

Shaheizy Sam dikecam tayang vape? Ini keburukan hisap vape kepada paru-paru

Kepada yang meminati artis di Malaysia, pasti tak melepaskan peluang menyaksikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) edisi 2020. Namun, kontroversi tetap timbul apabila Shaheizy Sam mengumumkan pemenang untuk beberapa anugerah sambil di lehernya tergantung vape. Ini telah mendapat kritikan ramai orang di atas dasar mempromosi sesuatu yang tidak sihat,

Sekalipun Shaheizy Sam telah memohon maaf, kita kena sedar bahawa vape ini telah menjadi keperluan harian untuk ramai orang dikeliling kita. Cuba lihat adik, abang atau jiran-jiran. Apa yang biasa kita dengar bahawa vape ini kurang merbahaya berbanding rokok biasa. Apakah benar fakta ini? Vape ini tak beri kesan pada paru-paru ke? Jom kita baca artikel ini sampai habis.

Apa yang berlaku ketika seseorang itu menghisap vape?

Terus ke paru-paru. Imej dari Ecigclick

Diterangkan di portal Johns Hopkins Medicine bahawa kedua-keduanya sama ada merokok dan vaping melibatkan pemanasan bahan dan menyedut asap yang dihasilkan. Dengan rokok tradisional, anda menyedut asap dari tembakau yang terbakar. Dengan vaping, peranti (biasanya pena vape atau mod yang mungkin kelihatan seperti flash drive) memanaskan cecair (disebut jus vape atau e-cecair) sehingga berubah menjadi wap yang anda sedut.

Ramuan e-cecair biasanya merangkumi beberapa campuran perasa, bahan tambahan aromatik dan nikotin atau THC (bahan kimia dalam ganja yang menyebabkan kesan psikologi), ia larut dalam base cecair berminyak.

“Kami berpendapat bahawa beberapa unsur minyak yang menguap masuk ke dalam paru-paru dan menyebabkan tindak balas keradangan,” – Dr. Stephen Broderick

Di dalam e-cecair tadi biasanya mempunyai vitamin E. Ia sering digunakan sebagai bahan pemekat dan penyebaran dalam e-cecair. Namun, vitamin E hanya selamat jika ia diambil secara makan di mulut sebagai makanan tambahan atau digunakan pada kulit. Tapi, mungkin boleh menimbulkan sedikit keradangan apabila disedut. Ini kerana ia dijumpai pada paru-paru orang yang mengalami kesan buruk yang dikaitkan dengan amalan vaping.

Kandungan yang ada dalam vape, sangat merosakkan paru-paru kita

Berasap paru-paru ye. Imej dari Vaping Injury Claim

Antara kandungan vape adalah diasetil yang sering ditambah ke dalam e-cecair berperisa untuk meningkatkan rasa. Menyedut diasetil menyebabkan keradangan dan boleh meninggalkan parut kekal di saluran udara terkecil dalam paru-paru yang menyukarkan pernafasan. Penyakit ini juga dipanggil sebagai popcorn lung atau nama lain bagi bronkiolitis obliterans (BO), keadaan yang agak jarang berlaku akibat kerosakan saluran udara kecil paru-paru.

Jangan lupa bahan berminyak dalam vape. Ini kerana tak seperti pneumonia (penyakit paru-paru) yang disebabkan oleh jangkitan, pneumonia lipoid pula berkembang apabila asid lemak memasuki paru-paru. Pneumonia lipoid yang berkaitan dengan vaping adalah hasil penyedutan bahan berminyak yang terdapat dalam e-cecair, yang mencetuskan tindak balas keradangan di paru-paru.

“Kita tahu bahawa menghisap rokok tembakau memaksa zarah-zarah kecil disimpan di dalam cabang bronkus (bronchial tree) dan boleh menyebabkan perkembangan barah. Perkara yang sama mungkin berlaku untuk vaping,” – Dr. Stephen Broderick

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *