Cuci tauge tak bunuh kuman? Ini 4 makanan jadi punca keracunan makanan

Cuci tauge tak bunuh kuman? Ini 4 makanan jadi punca keracunan makanan

Semua orang mempunyai makanan kegemaran tersendiri. Setiap daripada kita juga tidak terlepas untuk craving sesuatu makanan setiap hari. Dalam kita menjalani kehidupan harian, tiba-tiba suatu hari tu perut kita meragam tak henti hingga terkena cirit birit. Kadang-kala kita tertanya-tanya, apa yang kita silap makan?

Keracunan makanan ini bak kata pepatah malang tak berbau. Ia datang tanpa kita duga walaupun dah sedaya upaya menjaga kebersihan semasa makan. Namun, kita juga perlu ambil tahu tentang beberapa makanan yang sering jadi punca seseorang itu terkena keracunan makanan. Maklumat ini diambil dari portal kesihatan WebMD.

1. Tauge itu lebih selamat tidak dimakan mentah

 

Cantik tauge ni. Imej dari Rasa.my

Seperti yang kita tahu, tauge ni adalah benih yang telah bercambah. Keadaan panas dan lembap yang sama telah menyebabkan terpeliharanya bakteria seperti salmonella, listeria dan E. coli. Mungkin ramai teruja nak letak tauge mentah atau segar di dalam salad atau sandwic. Tetapi adalah lebih selamat untuk memasak tauge terlebih dahulu kerana mencucinya sahaja tidak membunuh kuman.

2. Telur dicemari bakteria melalui kotoran pada ayam

 

Telur bukan sebarang telur. Imej dari Healthline

Setiap tahun, telur yang dicemari bakteria salmonella menyebabkan 79,000 kes keracunan makanan dan 30 kematian di US. Untuk pengetahuan semua, ayam boleh menyebarkan bakteria salmonella ke telur sebelum kulitnya terbentuk. Bakteria juga boleh menjangkiti telur melalui kotoran ayam. Maka, biasanya lebih elok disejukkan pada suhu atau di bawah 40 F (4.4 Celcius).

3. Tepung mentah boleh dicemari bakteria E. coli

Ingat tepung, ingat roti canai. Imej dari The Spruce Eats

Biasanya, kita memang tak letak tepung dalam sudu dan terus memakannya. Ia biasa diadun pada kuih, kek dan roti canai. Walaupun hal ini jarang berlaku, namun tepung mentah boleh dicemari bakteria E. coli ketika proses menuainya, mengisar dan menapis. Proses flour bleaching tidak boleh membunuh bakteria E. coli. Bakteria E. coli, boleh menyebabkan cirit-birit berdarah dan muntah.

4. Tembikai yang dipotong elok dimasukkan ke dalam ais

 

Tembikai yang dipotong separuh. Imej dari WKBW

Setiap tahun, 1.35 juta orang di US terkena keracunan makanan akibat salmonella. Hampir 27,000 dimasukkan ke hospital. Jangkitan ini lebih kerap berlaku pada musim panas, apabila lebih banyak daripada orang US menikmati tembikai pelbagai jenis. Akar menjalar tembikai tumbuh di tanah, di mana kulitnya boleh melekat dengan kuman. Permukaannya sukar dibersihkan. Tembikai yang baru dipotong (pre-cut) boleh menyebarkan norovirus, listeria, dan agen berbahaya lain. Mencuci tembikai secara keseluruhannya adalah cara yang terbaik. Sejukkan buah baru dipotong atau masukkan ke dalam ais.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *