Mira panggil suami ‘bubu’? Ini kesan hubungan panggil pasangan nama manja

Mira panggil suami ‘bubu’? Ini kesan hubungan panggil pasangan nama manja

Semua orang mengimpikan kehidupan yang bahagia bersama pasangan masing-masing. Dalam kalangan kita juga tak terlepas untuk melihat orang lain bahagia bersama pasangannya. Sebab itulah video ‘kebahagiaan’ Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar sering mendapat perhatian.

Kali ini nampaknya netizen telah memilih untuk berbincang mengenai gelaran yang digunakan Mira Filzah untuk suaminya. Seperti dalam video yang tular, dia memanggil suaminya dengan gelaran ‘bubu’. Tidak pasti ejaan tepat, mungkin ‘boo boo’ atau sewaktu dengannya. Ramai yang ingat pada mulanya itu gelaran untuk kucing, namun jelas sekali ‘bubu’ itu ditujukan kepada suaminya.

Apakah panggilan manja terhadap pasangan memberi sebarang petanda?

 

Pil kasih sayang. Imej dari Ethnic Technologies

Sama ada panggilan paling umum “sayang” atau “baby” atau istilah kegemaran yang lebih unik lagi, mungkin ia dianggap sweet dan menyenangkan dan bagi sesetengah orang yang lain menganggapnya seperti kebudak-budakan serta memalukan. Namun, ternyata menggunakan panggilan manja terhadap pasangan menunjukkan kecenderungan pasangan itu mempunyai hubungan yang kuat.

Dalam satu kajian oleh Superdrug Online Doctor telah membuktikan hal ini. Dalam tinjauan ke atas lebih dari 1,000 orang dewasa, para penyelidik mendapati bahawa 87% orang Amerika menggunakan nama gelaran manja ketika dalam hubungan adalah 16% lebih cenderung merasa bahagia dalam hubungan mereka.

Bukan itu sahaja, menggunakan nama gelaran manja didapati meningkatkan kepuasan hubungan sebanyak 9% di Eropah dan 16% di US. Kiranya dua manfaat pasangan itu dapat dari mengamalkan perkara ini iaitu bahagia dan kepuasan.

“Nama manja, seperti nama panggilan, adalah kaedah yang sangat universal untuk menunjukkan kasih sayang, dan memberi kelembutan. Mempunyai nama manja baru dalam keseronokan bercinta dapat memberi anda cas emosi yang sangat positif.” – Dr. Suzanne Degges-White dari petikan Psychology Today

Apa yang berlaku dalam minda bila terima panggilan manja?

 

Kenangan ibu dan anak. Imej dari Stocksy United

Dalam banyak kajian telah disimpulkan bahawa penggunaan nama manja terhubung dengan perasaan cinta dan kasih sayang kita semasa kecil sewaktu ibu bapa memanggil kita dengan gelaran manja.

“Pasangan yang berbicara dengan cara ini mengingatkan kembali kepada pengalaman mereka sendiri ketika mereka masih bayi dan cinta pertama mereka, ibu mereka,” – Professor Dean Falk dari petikan Insider

Untuk lelaki yang mula nak cuba-cuba tu, pastikan nama gelaran manja tu sedap-sedap. Sebabnya menurut satu kajian, senarai nama manja yang paling tidak disukai oleh wanita adalah “Babe”, “Sweet Cheeks”, “Snookumz” dan “Baby Doll”. Jadi, pilihlah nama dengan penuh hormat dan menggembirakan pasangan.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *