Ini tiga kumpulan manusia yang akan sakit teruk jika terkena jangkitan COVID-19

Ini tiga kumpulan manusia yang akan sakit teruk jika terkena jangkitan COVID-19

Sekalipun sudah nampak sinar terhadap penghasilan vaksin COVID-19. Kita semua perlu terus hidup dengan norma baru tanpa perlu memberi alasan. Virus COVID-19 tidak memilih siapa yang akan diserangnya. Sama ada kanak-kanak, orang muda atau pun orang tua. Kita boleh lihat sendiri kes-kes yang berlaku di negara kita.

Mungkin ramai yang perasan, ada pesakit yang berjaya dirawat dan ada pesakit yang tidak berjaya dirawat setakat ini. Kita semua perlu ambil tahu akan hal ni, agar kita memberi perhatian kepada golongan yang perlu kita utamakan di saat pandemik ini. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di US telah mengemas kini senarai mengenai kumpulan-kumpulan komuniti yang dipercayai akan mengalami kesan teruk dari jangkitan COVID-19.

Portal kesihatan Healthline telah berkongsi senarai tersebut seperti di bawah.

1. Wanita hamil 5.5 kali lebih berkemungkinan untuk dimasukkan ke hospital

 

Imej dari Deposit Photos

Dr Alan Fishman, Pengarah Perubatan Obstetrix Medical Group di California mengatakan bahawa kehamilan ini adalah situasi di mana pelbagai perubahan hormon sedang bercampur aduk. Ia juga adalah tekanan pada tubuh wanita yang sihat. Itulah sebabnya, jika seseorang wanita hamil terkena jangkitan COVID-19, dia mungkin menghadapi kesan yang teruk.

“Nampaknya wanita hamil [yang mengidap COVID-19] 5.5 kali lebih berkemungkinan untuk dimasukkan ke hospital daripada wanita yang tidak hamil,” – Dr Alan Fishman, petikan dari Healthline

Walaupun tiada bukti bahawa wanita hamil lebih cenderung terkena COVID-19, tapi risikonya tetap ada. Jadi, perlulah sentiasa berhati-hati dan berwaspada. Pakai pelitup muka, basuh tangan anda, jaga jarak fizikal, dan asingkan diri ketika diperlukan dan jangan tinggalkan sebarang janji temu perubatan ketika hamil.

2. Pesakit yang menghidap diabetes boleh jadikan jangkitan COVID-19 lebih serius

 

Imej dari Flickr

Pihak Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di US telah menyenaraikan pesakit diabetes jenis 2 sebagai mereka yang berada dalam tahap ‘risiko meningkat’ terkena akibat buruk jika dijangkiti COVID-19. Tak terlepas juga, pesakit diabetes jenis 1 yang mungkin mengalami akibat buruk jika terkena COVID-19.

Terdapat satu kajian yang menyimpulkan bahawa orang yang menghidap diabetes dapat menjadikan kes COVID-19 menjadi lebih serius. Jadi, apakah nasihat untuk mereka yang menghidap diabetes?

Pengajaran besar yang kita pelajari adalah lebih sihat pesakit itu, lebih bersedia keadaan mereka untuk menghadapi COVID-19. Jadi, fokuslah dengan bersungguh-sungguh terhadap kesihatan diri.

3. Orang yang berusia 50-an berisiko lebih tinggi untuk sakit teruk jika terkena COVID-19 berbanding orang berusia 40-an

 

Imej dari Pixabay

Orang yang berusia 50-an berisiko lebih tinggi untuk sakit teruk jika terkena COVID-19 berbanding orang berusia 40-an. Begitu juga, orang berusia 60-an atau 70-an, secara umumnya, berisiko lebih tinggi mendapat penyakit teruk daripada mereka yang berusia 50-an. Risiko terbesar terkena sakit teruk akibat COVID-19 adalah di antara mereka yang berumur 85 tahun dan ke atas.

Ini kerana mereka yang lebih tua agak cenderung untuk mempunyai tahap kesihatan yang rendah serta mengidap beberapa penyakit seperti sakit jantung. Jadi, agak mencabar jika warga tua terkena COVID-19.

Oleh sebab itu, mereka yang lebih berumur perlulah menjaga diri sebaiknya, jangan abaikan sebarang perjumpaan dan temu janji dengan pakar kesihatan jika diarahkan.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *