Makan sayur macam snek? Ini resepi Kerepek Kobis Kerinting yang boleh dicuba

Makan sayur macam snek? Ini resepi Kerepek Kobis Kerinting yang boleh dicuba

Walaupun kandungan nutriennya agak menakjubkan, sayur kobis sering diabaikan. Kalau diikutkan asal-usulnya, ia berasal dari sayur spesies Brassica yang termasuk di dalamnya brokoli, cauliflower dan kangkung. Ia boleh tumbuh dalam pelbagai bentuk dan warna, termasuk merah, ungu, putih dan hijau, dan daunnya halus atau kerinting.

Sayuran ini telah ditanam di seluruh dunia selama ribuan tahun dan boleh didapati dalam pelbagai jenis hidangan. Tapi, macam mana pula kalau kami kongsikan mengenai wujudnya resepi sayur yang menyihatkan ini tapi bila dimakan rasa macam makan snek?

 

Ya, kami tak main-main. Resipi snek ini memang antara snek sihat yang wajib masuk senarai untuk dicuba kerana rasanya yang enak, mudah disediakan dan kaya dengan khasiat. Bagi mereka yang cukup susah nak makan sayur, snek ini boleh jadi alternatif lain untuk dicuba.

Apa yang menyebabkan KEREPEK KOBIS KERINTING ini sihat?

Resipi ini dijamin sihat kerana:

  • Kobis kerinting sememangnya kaya dengan vitamin A, C dan K serta mineral dan antioksidan.
  • Kaedah penyediaan kerepek iaitu kaedah bakar yang menjadikan kerepek ini berbeza dengan kerepek-kerepek lain yang lazimnya digoreng.
  • Anda mempunyai kawalan penuh ke atas kandungan bahan-bahan yang digunakan dan kaedah penyediaan kerepek tersebut.
  • Penggunaan minyak zaitun (extra-virgin) yang dikelaskan sebagai lemak tidak tepu menjadikan snek tersebut lebih sihat untuk dinikmati.

Bahan-bahan:

  • 1 dozen daun kobis kerinting
  • ½ – 1 sudu teh minyak zaitun (extra-virgin)
  • Garam laut secukup rasa
  • Bahan perasa kegemaran anda secukup rasa – boleh jadi serbuk bawang, serbuk bawang putih, serbuk kari, lada hitam, serbuk cili, jintan, serbuk lemon, dan macam-macam lagi.
Antara minyak zaitun (extra virgin) yang ada di pasaran. Imej dari Tesco

Cara memasak:

  • Cuci kobis kerinting tersebut dengan air paip dan biarkan kering. Kemudian, leraikan dedaun tersebut daripada batang kobis dan carikkan kepada saiz yang lebih kecil sekitar saiz 2 inci.
  • Masukkan dedaun berkenaan ke dalam mangkuk adunan. Kemudian, renjiskan ½ atau 1 sudu teh minyak zaitun (extra-virgin) ke dalam mangkuk tersebut. Gaulkan dedaun tersebut hingga kesemuanya sebati dengan renjisan minyak sebentar tadi.
  • Cubit garam laut secukup rasa dan taburkan ke dalam mangkuk tersebut.
  • Seterusnya, cubit pula rempah perasa kesukaan anda dan taburkan ke dalam adunan dedaun tersebut. Ulang langkah ini sebanyak 2-3 kali untuk adunan rempah yang lebih sekata.
  • Pindahkan dedaun tersebut ke atas loyang ketuhar. Susun elok-elok dan berikan sedikit ruang antara setiap daun berkenaan bagi membolehkan pengaliran udara yang lebih efektif dan menjadikan proses pengeringan dedaun tersebut lebih lancar.
  • Tetapkan suhu ketuhar anda pada kadar 107°C dan bakar selama 25-30 minit, atau sehingga tekstur dedaun tersebut berubah menjadi kerepek yang rangup mengikut kesukaan anda.
  • Simpan kerepek anda di dalam balang kedap udara, dan nikmatilah Kerepek Kobis Kerinting ini! Untuk kelazatan maksima, nikmati kerepek tersebut dalam masa 4-5 hari (atau habiskan dalam masa beberapa jam pun tak ada masalah).

 

Rangup dan menyihatkan

Sesuai untuk hidangan minum petang, ataupun dijadikan kudapan santai ketika bekerja dari rumah, menonton Netflix ataupun senaman mulut ketika bosan.

Selamat mencuba!

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *