Picit jerawat dan cabut bulu hidung di kawasan segi tiga pada muka ini bawa maut?

Picit jerawat dan cabut bulu hidung di kawasan segi tiga pada muka ini bawa maut?

Tiada siapa yang tak pentingkan kecantikan, kekemasan dan kebersihan pada raut wajah atau muka. Kita sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk muka agar sentiasa nampak bersih dan menawan. Jika tumbuh jerawat atau pun ada bulu hidung terkeluar, pastinya kita mencari jalan untuk membersih dan mengemaskannya.

Aktiviti memicit jerawat dan mencabut bulu hidung adalah cara yang ramai antara kita amalkan tanpa sedar boleh bawa kemudaratan. Sebab itulah kita biasa dengar orang cakap jangan picit jerawat pada muka, biarkan ia pecah sendiri. Rupa-rupanya, kenyataan ini ada logiknya untuk kesihatan anda juga.

Ini kerana kita tidak tahu jika akitiviti memicit jerawat atau mencabut bulu hidung boleh bawa maut jika tersilap lamgkah. Pada muka semua orang di dunia terdapatnya SEGITIGA KEMATIAN yang kita semua perlu tahu.

Saluran darah di bahagian wajah ini mempunyai kaitan langsung dengan saluran darah yang dekat dengan otak

“Sentuh hujung ibu jari anda bersama-sama, kemudian satukan jari penunjuk anda, lalu membentuk segitiga. Sekarang bawa segitiga ini ke wajah anda sehingga hujung segitiga berada di atas batang hidung anda dan bahagian bawahnya terletak di bawah bibir atas anda. Jari anda sekarang menggariskan zon bahaya – “segitiga kematian.” – Dr. Neha Pathak, petikan dari WebMD

Infografik kawasan segitiga kematian. Imej dari Daily Mail

Kawasan segitiga kematian pada muka dinamakan sebegitu kerana mengikut faktanya, saluran darah di bahagian wajah ini mempunyai kaitan langsung dengan saluran darah yang dekat dengan otak. Terdapat juga struktur penting di sekitar mata, hidung, dan mulut. Oleh itu, jangkitan kulit di kawasan ini berpotensi merebak dan menyebabkan komplikasi berbahaya seperti jangkitan otak yang serius walaupun sangat jarang terjadi.

Sekiranya kulit di dalam segitiga ini pecah sama ada dari luka yang muncul akibat memicit jerawat atau mencabut bulu hidung, maka bakteria boleh memasuki tubuh anda. Salah satunyan jangkitan staph (staph infection) iaitu salah satu jenis jangkitan yang paling biasa di kawasan muka ini. Bakteria ini dapat memasuki tubuh anda dengan cepat dan menyebabkan jangkitan, dan kerana berdekatan dengan bahagian otak anda yang penting, jangkitan tersebut dapat menyebabkan komplikasi serius dengan cepat.

Bergantung juga pada saraf mana yang dijangkiti, anda boleh mengalami kelumpuhan di beberapa bahagian wajah anda, termasuk kelopak mata dan mulut, dan fungsi pergerakannya juga terganggu. Apa yang menakutkan, kehilangan penglihatan juga boleh berlaku. Tak lupa juga, keadaan yang dipanggil cavernous sinus thrombosis dapat berkembang di dalam rongga sinus (rongga hidung dan lainnya) akibat jangkitan. Keadaan ini boleh menyebabkan pembekuan darah, yang meningkatkan kemungkinan strok dan kematian.

Cara-cara merawat luka muka di kawasan segitiga kematian

Imej dari Twitter Maathir

Sekiranya jerawat kelihatan atau terasa berbeza, biarkan sahaja sambil memerhatikan perkembangannya. Lebih baik lagi untuk dapatkan rawatan perubatan jika anda tidak pasti. Berikut adalah beberapa tips oleh Dr. Neha Pathak untuk mencegah dan merawat luka kulit, sama ada di bahagian “segitiga kematian” dan di bahagian lain pada tubuh anda.

  • Melembapkan kulit anda dengan kerap untuk mengelakkan rekahan atau mengelupas.
  • Sekiranya anda mempunyai jerawat, jangan pecahkan. Walaupun tidak menimbulkan masalah serius – ia boleh meninggalkan bekas luka dan perubahan warna.
  • Jangan mencabut bulu hidung atau telinga, sebaliknya potong.
  • Basuh dan ganti produk solek dengan kerap.
  • Basuh sebarang luka dengan sabun dan air setiap hari.
  • Tutup luka dengan salap topikal (topical ointments), guna produk berasaskan petroleum jelly (contoh Vaseline) untuk luka kecil.
  • Hubungi doktor anda untuk tanda-tanda jangkitan seperti kemerahan, sakit, dan drainage.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *