Alif Satar hilang deria bau? Ini gejala-gejala yang jarang dirasai pesakit COVID-19

Alif Satar hilang deria bau? Ini gejala-gejala yang jarang dirasai pesakit COVID-19

Industri hiburan tanah air telah digegarkan mengenai berita pelakon dan penyanyi, Alif Satar yang disahkan positif COVID-19. Disebabkan kesnya ini, maka ramai ahli keluarga, artis dan krew yang mempunyai kontak rapat dengannya diminta tampil membuat ujian swab. Alif Satar pula menjalani rawatan dan dikuarantin di Hospital Melaka.

Sejak beberapa hari yang lalu, Alif Satar memaklumkan bahawa mengalami gejala hilang deria bau sehinggakan dia tidak boleh menghidu bau sabun mandi dan deodoran. Namun, dia mengatakan keadaannya stabil dan baik-baik sahaja. Agak jarang kita dengar pesakit sebelum ni hilang deria bau. Mungkin ada, tapi tidak diceritakan kepada orang ramai.

Jadi, gejala-gejala yang dialami oleh pesakit COVID-19 ada pelbagai seperti yang disenaraikan oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sama ada yang biasa berlaku, jarang berlaku dan pesakit yang teruk. Mari kita ambil tahu tentang senarai-senarai gejala ini.

Gejala COVID-19 yang biasa berlaku:

  • Demam
  • Batuk kering
  • Keletihan

Gejala lain yang kurang biasa berlaku dan boleh terjadi kepada beberapa pesakit:

  • Kehilangan rasa atau bau
  • Hidung tersumbat
  • Konjungtivitis (juga dikenali sebagai mata merah)
  • Sakit tekak
  • Sakit kepala
  • Sakit otot atau sendi
  • Jenis ruam kulit yang berbeza-beza
  • Mual atau muntah
  • Cirit-birit
  • Menggigil atau pening

Gejala teruk penyakit COVID ‐ 19 yang teruk:

  • Sesak nafas
  • Hilang selera makan
  • Kekeliruan
  • Kesakitan atau tekanan berterusan di dada
  • Suhu tinggi (di atas 38 ° C)

Gejala lain yang kurang biasa berlaku:

  • Kerengsaan
  • Kekeliruan
  • Rasa sedar berkurang (kadang-kadang dikaitkan dengan sawan)
  • Kebimbangan (Anxiety)
  • Kemurungan
  • Gangguan tidur
  • Komplikasi neurologi yang lebih teruk dan jarang berlaku seperti strok, keradangan otak, kecelaruan dan kerosakan saraf

WHO mengatakan sekitar 80% yang mengalami simptom pulih daripada penyakit

Di antara mereka yang mengalami simptom, kebanyakan (sekitar 80%) pulih dari penyakit ini tanpa memerlukan rawatan di hospital. Kira-kira 15% menjadi sakit parah dan memerlukan oksigen dan 5% menjadi sakit kritikal dan memerlukan rawatan intensif.

Komplikasi yang membawa kepada kematian mungkin termasuk kegagalan pernafasan, sindrom gangguan pernafasan akut (ARDS), sepsis (bahan beracun yang dihasil­kannya di dalam darah dan tisu) dan kejutan septik, tromboemboli (gumpalan darah terbentuk), dan / atau kegagalan multiorgan, termasuk kecederaan jantung, hati atau ginjal. Dalam situasi yang jarang berlaku, kanak-kanak boleh mengalami sindrom keradangan yang teruk beberapa minggu selepas jangkitan.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *