Makan sayur salad tak kena tekak selera Melayu? Ini resepi salad Melayu boleh dicuba

Makan sayur salad tak kena tekak selera Melayu? Ini resepi salad Melayu boleh dicuba

Suasana pandemik COVID-19 telah memaksa kita untuk tak berapa aktif dalam kehidupan seharian. Nak makan pun kadang-kadang order je la sebab tak sempat, banyak meeting online dan kerja lain walaupun bekerja dari rumah. Kehidupan tidak aktif ini telah menimbulkan kezaman untuk kuruskan badan semula. Maka, ramai yang memilih untuk memperbetulkan diet makanan.

Tapi, masalah baru yang mungkin dihadapi orang berselera Melayu ialah nak diet, tapi rasa macam susah pula sebab tak biasa makan salad yang tak dimasak sempurna. Biasalah, lain orang, lain selera. Tapi, ada satu salad ni yang kena dengan tekak berselera Melayu.

Salad Melayu, atau lebih dikenali sebagai Pecal Jawa

Sudah tiba masanya untuk betulkan balik gaya hidup dan cara pemakanan yang lebih sihat supaya takde lah rasa lesu sangat. Jadi, apa kata anda cuba makan Pecal Jawa, atau salad Melayu ni sebagai permulaan sebelum tekak anda selesa untuk makan salad yang berada di pasaran.

Makanan yang sihat bermula dari rumah!

Kalau anda baru saja nak mula berdiet dan tak biasa makan salad, bawang segar yang tak bergoreng, croutons dan segala herba yang berbau kuat dan tak kena dengan tekak anda, anda mungkin akan suka dengan Pecal Jawa yang dah diubah sikit mengikut kesesuaian diet anda.

Bahan-bahan

  1. 250g kacang tanah
  2. 100g ikan bilis. Nak guna udang kering pun boleh!
  3. Secubit garam
  4. 2 sb gula melaka
  5. 7 biji cabai merah
  6. 3 ulas bawang merah
  7. 3 ulas bawang putih
  8. Sekerat halia
  9. 1 sudu kecil asam jawa
  10. Sayur-sayuran rendah kalori

Cara masakan

Masukkan kacang, bawang, halia, cili dalam oven atau airfry sampai keperangan. Kalau anda biasa buat pecal, bahan-bahan ni sebenarnya mestilah digoreng sehingga masak. Tapi disebabkan kita nak kurangkan kalori, anda boleh sapu sikit minyak sebelum membakar, atau tak letak langsung pun takpe.

Zaman dah maju, masakan cepat dimasak, senang dimakan!

Habis bakar je, hancurkan kesemua bahan tadi mengikut citarasa masing-masing. Ada yang suka halus betul, dan ada juga yang suka kasar sikit sebab nak rasa crunchy-nya kacang. Siap!

Tapi, tak payah letak semua dalam pinggan. Ambik banyak mana anda nak makan, dan tambah air panas sikit-sikit, ikut kepekatan kuah yang anda suka. Manakala kuah yang selebihnya simpan dalam peti untuk bila-bila rasa nak makan lagi.

Kalau pecal biasanya dimakan dengan sengkuang, timun, dan tauhu goreng, anda boleh tukar kepada kangkung, pucuk ubi, bayam Brazil, tauhu bakar, telur rebus, dan sayuran rendah kalori yang lain. Taburkan saja kuah tu atas salad anda.

P/S: Tapi ingat, anda jangan letak kuah secara berlebihan sebab ia adalah punca kalori naik. Makan sayur yang direbus lebih berbanding kuah. Kata nak diet, kan?

Makan sihat, tapi secara berpada!

Walaupun makan sayuran adalah sangat baik untuk tubuh badan sebagai pengambilan serat, tapi jangan lupa pula yang pengambilan protein yang penting untuk anda rasa lebih kenyang dengan lebih lama terutamanya dengan pengambilan telur, ayam dan ikan.

Jadi, makan secara berpada dan jangan lupa minum air secukupnya! Kalau makan sihat tapi minum minuman manis je manjang tapi tak kurus juga, jangan salahkan makanan sihat. Tapi tepuk dada, tanyalah diri sendiri ye?

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *