Kenapa teori konspirasi COVID-19 mengikis kepercayaan kepada langkah kesihatan?

Kenapa teori konspirasi COVID-19 mengikis kepercayaan kepada langkah kesihatan?

Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, bukan sahaja kematian yang meningkat. Malah, tahap tidak percaya bahawa COVID-19 ini sejenis virus dari haiwan dan masuk ke badan manusia juga meningkat. Walaupun bukti saintifik sudah didedahkan pada  Mac 2020, iaitu kajian penjujukan genetik (genetic sequencing) menunjukkan bahawa COVID-19 bukanlah buatan manusia.

Ini dibuktikan lagi dengan lebih banyak penyelidikan yang menunjukkan bahawa sumber asal COVID-19 berkemungkinan dari kelawar. Namun satu tinjauan di US mendapati bahawa kepercayaan terhadap teori konspirasi COVID-19 meningkat antara bulan Mac dan Julai 2020.

Teori konspirasi COVID-19 dapat membuat orang lebih cenderung mengabaikan bukti saintifik

Imej dari The Conversation

“Teori konspirasi bermaksud percubaan untuk menjelaskan peristiwa berbahaya atau tragis sebagai hasil tindakan oleh sesebuah kumpulan kecil yang kuat.” – petikan dari Britannica

Bayangkan, dengan hanya membaca secara ringkas mengenai teori konspirasi COVID-19 dapat membuat orang lebih cenderung mengabaikan bukti saintifik dan cenderung untuk kurang mempercayai bahawa tindakan pencegahan seperti memakai pelitup muka.

Ya, hal ini memang serius kerana satu kajian baru oleh penyelidik Universiti Negeri Georgia di US menyimpulkan bahawa hanya membaca teori seperti itu sudah cukup untuk mempengaruhi banyak orang.

“Retorik konspirasi dapat memberi kesan yang mendalam dan mengatasi maklumat saintifik. Dalam persekitaran media hari ini, di mana individu mungkin berulang kali terdedah kepada mesej konspirasi, penemuan kajian kami sebenarnya dapat mengurangkan kesan pendedahan ini.” – Professor Risa Palm, petikan dari Medical News Today

Kepercayaan terhadap teori konspirasi – misalnya, mengenai vaksinasi – boleh membawa kesan praktikal. Selain itu, mereka yang membaca  COVID-19 yang berasal dari kebocoran virus dari makmal China, membuatkan sebilangan pembaca cenderung untuk meninggalkan langkah pencegahan, seperti memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan, dan penjarakan fizikal.

Orang yang membaca berita berasaskan sains kemungkinan besar mempercayai bahawa virus itu berasal dari kelawar

 

Kelawar sedang diperiksa. Imej dari Asian Nikkei Review

Kajian ini telah dilakukan terhadap 1,071 sukarelawan di US melalui platform atas talian Amazon Mechanical Turk. Secara keseluruhan, 33% responden dikenal pasti sebagai penyokong parti Republikan, 27% sebagai Bebas, dan 40% sebagai penyokong parti Demokrat. Dari sudut jantina, mereka terdiri daripada 45% wanita dan 55% lelaki. Mereka telah dibahagikan mengikut kumpulan seperti berikut:

  • Kumpulan pertama: Mereka ditugaskan untuk tidak membaca artikel sebelum menjawab tinjauan.
  • Masing-masing dari tiga kumpulan yang lain: Mereka membaca artikel berbeza yang telah ditulis tajuk dan isinya seperti sebuah berita.

Manakala, tiga kumpulan tadi dipisahkan mengikut jenis berita yang mereka perlu baca sebelum menjawab tinjauan:

  1. Berita pertama menerangkan bukti saintifik bahawa virus itu berasal dari kelawar.
  2. Berita kedua menerangkan teori konspirasi mengenai asal usul virus.
  3. Berita ketiga memberikan penekanan yang sama pada kedua-dua perspektif.

Dari semua kumpulan, orang yang membaca berita berasaskan sains kemungkinan besar mempercayai bahawa virus itu berasal dari kelawar. Mereka juga menyatakan lebih banyak sokongan untuk dana penyelidikan tambahan untuk mengenal pasti koronavirus berbahaya. Sebaliknya, mereka yang membaca artikel teori konspirasi atau artikel yang menceritakan kedua-duanya, lebih rela menghukum China secara undang-undang dan kewangan.

Apa yang menakutkan, selepas membaca teori konspirasi itu, mereka kurang bersedia melakukan tindakan pencegahan, seperti memakai penutup muka, sering mencuci tangan, dan berlatih menjauhkan diri secara fizikal.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *