Pisang bukan sekadar saiz. Buah ini ada keajaiban pada badan apabila dimakan

Pisang bukan sekadar saiz. Buah ini ada keajaiban pada badan apabila dimakan

Tiada buah lain sepopular buah pisang di seluruh dunia. Walaupun berasal dari Asia Tenggara, ia kini banyak ditanam di serata dunia. Pisang ini berbeza dari segi warna, ukuran dan bentuk. Jenis yang paling biasa adalah buah pisang Cavendish, yang sering dijadikan pencuci mulut. Ia akan berwarna hijau apabila belum matang dan menguning apabila matang.

Kalau di Malaysia, buah pisang itu sendiri dijadikan pelbagai resepi seperti pisang goreng, kek pisang, cekodok pisang dan pengat pisang. Namun, ramai yang tak sedar betapa banyaknya kelebihan kita makan buah pisang ini sehingga mampu mengurangkan risiko dari terkena penyakit kronik.

Setiap biji pisang hanya mempunyai kira-kira 105 kalori dan terdiri daripada air dan karbohidrat

Memang banyak dijual. Imej dari The Conversation

Sebiji pisang bersaiz sederhana dianggarkan seberat 118 gram dan ia mengandungi elemen-elemen berikut:

  • Potassium: 9% daripada Rujukan Pengambilan Harian (RDI)
  • Vitamin B6: 33% daripada Rujukan Pengambilan Harian (RDI)
  • Vitamin C: 11% daripada Rujukan Pengambilan Harian (RDI)
  • Magnesium: 8% daripada Rujukan Pengambilan Harian (RDI)
  • Copper: 10% daripada Rujukan Pengambilan Harian (RDI)
  • Mangan: 14% daripada Rujukan Pengambilan Harian (RDI)
  • Karbohidrat bersih: 24 gram
  • Serat: 3.1 gram
  • Protein: 1.3 gram
  • Lemak: 0.4 gram

Setiap biji pisang hanya mempunyai kira-kira 105 kalori dan terdiri daripada air dan karbohidrat. Pisang mengandungi protein yang sangat sedikit dan hampir tidak ada lemak. Karbohidrat dalam pisang hijau dan mentah terdiri daripada pati dan pati tahan, tetapi apabila sebiji pisang masak, pati itu berubah menjadi gula (glukosa, fruktosa dan sukrosa).

Kelebihan pisang dalam mengurangkan risiko penyakit kronik serta mengatur mood anda

Masa tengah rehat dari bersukan pun elok makan. Imej dari Alternative Daily

Pisang kaya dengan mineral potassium. Potassium membantu mengekalkan tahap cecair di dalam badan dan mengatur pergerakan nutrien dan sisa produk masuk dan keluar dari sel. Potassium juga membantu otot mengecut dan sel saraf bertindak balas. Ia membuat jantung berdegup secara berkala dan dapat mengurangkan kesan sodium terhadap tekanan darah. Tambahan pula, potassium boleh mengurangkan risiko pembentukan batu ginjal seiring bertambahnya usia. Dari situ, buah pinggang yang sihat akan memastikan jumlah potassium yang betul, kekal di dalam badan.

Menarik lagi apabila penyelidikan makmal menunjukkan bahawa lektin, protein yang terdapat pada pisang dapat membantu mencegah sel leukemia tumbuh. Lektin bertindak sebagai antioksidan. Antioksidan membantu tubuh membuang molekul yang dikenali sebagai radikal bebas. Sekiranya terlalu banyak radikal bebas terbentuk, kerosakan sel akan berlaku dan berpotensi menyebabkan barah. Pada tahun 2004, para penyelidik menyatakan bahawa kanak-kanak yang memanfaatkan pisang, jus oren, atau kedua-duanya mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidap leukemia.

Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan untuk kita makan pisang dan buah-buahan lain kerana mengandungi serat. Mereka berpendapat bahawa pengambilan serat dapat membantu menurunkan kadar gula dalam darah. Sebuah tinjauan pada tahun 2018 juga menyimpulkan bahawa pengambilan diet berserat tinggi dapat mengurangkan risiko diabetes jenis 2 dan dapat menurunkan gula dalam darah pada mereka yang sudah mempunyai penyakit ini.

Bukan setakat itu sahaja, pisang mengandungi triptofan, asid amino yang dapat membantu menguatkan ingatan, meningkatkan kemampuan seseorang untuk belajar dan mengingat sesuatu, dan mengatur mood anda.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

9 thoughts on “Pisang bukan sekadar saiz. Buah ini ada keajaiban pada badan apabila dimakan

  1. EIS Components is the stocking Distributor of EPM570GT100C5N, we specialize in Altera all series electronic components. EPM570GT100C5N can be shipped within 24 hours after order. If you have any demands for EPM570GT100C5N, Please kindly submit an RFQ here or send us an email. We will reply you as soon as possible.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *