Boleh cegah kulit berkedut dan kering? Ini cara masak Kerabu Kaki Ayam berkhasiat

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ni dilaksanakan di Malaysia dari bulan Mac, rakyat marhaen dah mula rajin masuk ke dapur sebab nak cuba memasak dan nak cuba resepi viral macam Dalgona Coffee ni.

Selain itu, antara benda lain yang viral adalah resepi pisang cheese dan murtabak maggi yang mula jadi popular semula kerana geng kaki makan ni bosan bila terpaksa berkurung dalam rumah. Alang-alang cerita pasal geng kaki ni, Tim Kita Sihat nak tanya anda yang tengah goyang kaki kat rumah, Anda pernah makan kaki tak? Bukan penyepak tetapi yang dimaksudkan adalah kaki ayam, dan bukannya kaki manusia.

Sebenarnya, kaki ayam adalah salah satu bahagian ayam yang kebanyakan orang tak berapa suka makan walaupun ia ada banyak khasiat. Ini kerana ramai yang memikirkan bahawa kaki ayam ini jijik sebab ayam bukannya pakai kasut macam kita. Lagipun ayam ni suka cakar tanah sebab nak cari makan.

Jadi, apa KHASIAT KAKI AYAM ni sebenarnya?

Satu kajian daripada Universiti Nasional Chung-Hsing di Taiwan mendapati bahawa kaki ayam mempunyai kolagen yang sangat tinggi. Kolagen penting untuk badan kita kerana :

  • Dapat mengelakkan penyakit sendi, dan kukuhkan struktur tulang sekaligus kurangkan risiko tulang rapuh.
  • Kolagen dapat memperbaiki tulang rawan di sendi kita dan mengelakkan penyakit seperti osteoarthritis.
  • Cegah penuaan, baiki kesihatan kulit dan membentuk kulit anjal. Semakin kita tua, semakin kurang kolagen yang dapat badan kita hasilkan, menyebabkan kulit semakin kering dan berkedut.
  • Menurunkan berat badan dengan meningkatkan kadar metabolisme badan.

Wah, khasiatnya dari kulit sampai ke tulang rupanya! BONUS: Boleh kurus.

Jadi, untuk yang suka atau tak suka kaki ayam, boleh cuba jadikannya dalam bentuk resepi kegemaran. Sekurang-kurangnya boleh elak rasa janggal makan kaki ayam.  Banyak je resepi lauk kaki ayam ni, tapi kami nak syorkan resepi Kerabu Kaki Ayam. Ia mudah, ringkas dan tak banyak ramuan pun untuk anda masak, jadi tak perlulah membazir masa nak cari bahan-bahan yang sebenarnya ada kat sekeliling kita je.

Bahan-bahan:

  • 20 kaki ayam (buang kuku, bahagikan ikut jari dan sendi)
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • 1 biji bawang besar (hiris nipis)
  • 3 ulas bawang putih (hiris nipis)
  • 5 biji cili api (hiris nipis)
  • 1 batang serai (hiris nipis)
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • 2 biji limau nipis (ambil jus je)
  • 1 sudu gula
  • 1 cubit garam
Penuh kolagen

Cara memasak:

  • Pertama, rebus kaki ayam sampai lembut, lebih kurang 10 minit.
  • Sementara tu, cincangkan bahan-bahan seperti tomato, bawang besar, bawang putih, cili api, serai, daun bawang, dan daun sup.
  • Gaulkan sekali kesemua bahan cincangan tadi dan perahkan dua biji limau nipis ke dalamnya, dan masukkan gula dan juga garam.
  • Lepas kaki ayam yang dah direbus tu lembut, toskan ia dan gaulkan dengan kesemua bahan yang lain. Siap! Kacang je kan?

 

Gambar ni saja pun dah cukup menggiurkan bila cukup masam, masin, manis dan pedasnya…

Makanan sihat tak semestinya tak sedap

Kaki ayam mungkin tak ada daging untuk mengenyangkan kita, tapi ini tak bermakna ianya tak sedap dan tak dapat memuaskan selera kita. Apatah lagi bila harganya yang agak murah dan penuh dengan khasiat. Oleh itu, lepas ni anda janganlah geli nak makan kaki ayam kalau nak sihat! Cuma pastikan anda dah basuh bersih-bersih kaki tu sebelum masak.

Bila dah habis masak tu, kemas-kemaslah dapur sekali kalau tak nak kena makan kaki dengan bini…

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
KITASIHAT

Artikel Berkaitan