Syafiq Ahmad terlelap punca terbabas. Ini tanda-tanda anda terkena microsleep

Syafiq Ahmad terlelap punca terbabas. Ini tanda-tanda anda terkena microsleep

Kehilangan ahli keluarga merupakan mimpi buruk untuk semua orang. Manusia yang kita sayang telah pergi meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Perasaan sayu dah sedih dirasai pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad, turut sama kita kongsi apabila mendengar berita mengenai kemalangan keluarganya.

Dari kemalangan itu, Syafiq Ahmad telah kehilangan anak, ibu mentua dan pembantu rumahnya. Pihak polis telah pun melaporkan bahawa dipercayai beliau telah terlelap sewaktu memandu menyebabkan kereta terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelah kanan sebelum terbalik dan terseret berdasarkan kesan calar di jalan.

Mungkin ramai antara kita yang pernah berdepan situasi yang sama, iaitu mata terbuka tapi otak melayang sewaktu memandu. Situasi inilah yang dipanggil microsleep. Kita mungkin tahu, tapi kita tak tahu cara mencegahnya dari awal lagi.

Anda mungkin berfikir bahawa anda sudah bangun, tetapi bahagian otak anda sebenarnya sedang tidur

Tanda-tanda microsleep. Imej dari Veryweel Health

“Microsleep biasanya berlaku antara tiga hingga lima saat, dan dalam jangka masa begitu cepat, kadang-kala anda mungkin tidak menyedari bahawa kejadian itu berlaku.” – Petikan dari Sleep Advisor

Dalam keadaan ini juga, mata anda mungkin terbuka, anda boleh duduk tegak dan anda mungkin menjalankan tugas, tetapi bahagian otak anda telah benar-benar tidak sedar. Dengan kata lain, anda mungkin berfikir bahawa anda sudah bangun, tetapi bahagian otak anda sebenarnya sedang tidur.

Adalah penting untuk kita mengetahui tanda-tanda awal kita bakal mengalami microsleep. Ini kerana microsleep menjadi bahaya jika kita sedang melakukan hal-hal penting serta melibatkan nyawa. Gejala yang berkaitan dengan keadaan ini termasuk:

  • Tidak bertindak balas kepada maklumat
  • Tatapan kosong (blank stare)
  • Kepala tersengguk-sengguk
  • Badan tersentak secara tiba-tiba
  • Tidak ingat apa yang berlaku pada satu atau dua minit lepas
  • Mata terkebil-kebil

Dari tahap gejala ini akan pergi ke tanda-tanda amaran yang anda memang bakal mengalami microsleep. Tanda-tanda amaran itu termasuklah tak berupaya lagi untuk membuka mata, menguap berlebihan, badan tersentak dan sentiasa berkelip untuk berjaga.

Microsleep boleh dielak jika waktu tidur kita diurus setiap hari sebaiknya

Kekurang tidur membawa padah. Imej dari The Asian Parent

Malang tidak berbau, maka sebelum kita terkena gejala awal microsleep, lebih baik untuk kita mencegahnya dahulu dari awal. Punca utama microsleep ini adalah seseorang itu kekurangan tidur. Kajian membuktikan bahawa jika seseorang itu tidak cukup tidur malamnya walaupun sehari, ia menyebabkan meningkatnya kebarangkalian beberapa kali terkena microsleep.

Untuk merawat dan mencegah microsleep, tiada jalan lain selain mendapatkan tidur secukupnya pada waktu malam. Jumlah waktu tidur yang sihat untuk orang dewasa adalah antara antara tujuh hingga sembilan jam. Anda perlu melakukan sedikit perubaham dalam gaya hidup dan meperbaiki rutin tidur anda. Ini termasuklah:

  • Mengelakkan kafein sebelum tidur
  • Mematikan sebarang lampu atau bunyi di sekitar tempat tidur anda
  • Mengelakkan aktiviti yang buat anda aktif sebelum tidur
  • Memastikan bilik tidur anda pada suhu yang selesa

Bagi mereka yang terpaksa berdepan tugasan kerja berulang yang menyebabkan kurang tidur seperti memandu jarak jauh, mengendalikan mesin berat atau hanya melakukan kerja di depan komputer selama 8 jam, anda boleh mencuba beberapa tips ini untuk mencegah terkena microsleep:

  • Cari masa untuk tidur sekejap (nap). Hanya dengan 20 minit waktu tidur yang singkat dapat mengecas semula otak anda supaya anda lebih segar untuk jangka masa yang lebih lama.
  • Mengubah apa yang anda lakukan selama beberapa minit setiap setengah jam untuk lebih mengaktifkan bahagian yang berbeza bagi mengurangkan kelesuan.
  • Berbual dengan sesiapa kerana ia meningkatkan kadar pernafasan anda, serta menyalurkan lebih banyak oksigen dalam aliran darah anda.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *