Bayi Emma Maembong bermata Kelabu? Ini punca mata bayi berubah warna

Bayi Emma Maembong bermata Kelabu? Ini punca mata bayi berubah warna

Seperti kebanyakan pasangan di luar sana, Emma Maembong juga rajin berkongsi perkembangan dan gambar bayi kelahirannya yang dilahirkan pada 8 November yang lalu. Dalam gambar-gambar tersebut, terdapat satu gambar yang menjadi perhatian ramai iaitu mata bayi sulungnya berwarna kelabu.

Keunikan mata ni pastinya mendapat pujian dan rasa kagum rakan artis dan netizen lain. Tak sangka, ibu bapa yang mempunyai mata hitam menerima anak yang mata berwarna kelabu. Namun, hal berkaitan warna mata ini bukanlah semudah yang kita fikirkan, ia terjadi atas beberapa faktor yang patut kita semua ambil tahu.

Seperti warna rambut dan kulit, ia bergantung pada protein yang disebut melanin

Mata idaman ibu bapa. Imej dari Mama Natural

“Warna iris (bahagian yg berwarna yang mengelilingi anak mata), seperti warna rambut dan kulit, ia bergantung pada protein yang disebut melanin. Kita mempunyai sel khusus di dalam badan kita yang disebut melanosit yang tugasnya adalah mengelilingi melanin.” – Dr. David L. Hill, petikan dari Healthy Children

Melanin ini juga adalah protein sama yang mempengaruhi warna kulit. Melanin berasal dari sel khusus yang disebut melanosit. Sewaktu bayi anda dalam proses membesar, melanosit bergerak seiiring dengan bertindak balas terhadap cahaya, lalu menghasilkan melanin. Semakin banyak melanosit bekerja, semakin gelap warna mata.

Perlu diingatkan bahawa tiada pigmen biru atau hijau pada iris, setiap orang mempunyai melanin di lapisan belakang iris. Contohnya, orang yang mempunyai mata berwarna coklat mempunyai sedikit melanin di lapisan depan iris. Apabila melanin ini lebih banyak menyerap cahaya, maka ia menjadikan iris kelihatan berwarna coklat. Begitu juga, orang dengan mata biru, kelabu, hijau atau hazel (campuran hijau dan coklat) mempunyai sedikit melanin di lapisan depan iris.

Selain itu, genetik warna mata ibu bapa tidaklah terlalu mempengaruhi warna mata anak. Ini kerana kajian mendapati bahawa warna mata ditentukan oleh hanya satu genetik, yang mengikuti corak sederhana di mana mata coklat adalah dominan (atau “menang”) berbanding warna unik seperti mata biru. Senarai situasi di bawah boleh dijadikan contoh:

  • Dua orang tua bermata biru cenderung mempunyai anak bermata biru, tetapi itu tidak akan berlaku setiap masa.
  • Dua orang tua bermata coklat kemungkinan (tetapi tidak dijamin) mempunyai anak dengan mata coklat.
  • Sekiranya anda menyedari salah seorang datuk dan nenek mempunyai mata biru, kemungkinan bayi untuk bermata biru sedikit meningkat.
  • Sekiranya salah satu ibu bapa mempunyai mata coklat dan yang lain mempunyai mata biru, kemungkinan berlaku juga walaupun pada warna mata.
  • Sekiranya anak anda mempunyai satu mata coklat dan satu mata biru, bawa ke doktor anda; dia mungkin mempunyai keadaan genetik yang jarang, disebut sindrom Waardenburg.

Pada enam bulan pertama, warna mata bayi mula berubah

Mata hitam juga comel. Imej dari My Kid Site

Warna mata pada bayi mula berubah pada enam bulan pertama. Apabila bulan kesembilan hingga dua belas, perubahan warna mata pada bayi akan terhenti. Namun pada sebahagian kecil anak-anak, warna mata akan terus menjadi gelap sehingga usia lima atau enam tahun kemudiannya.

Ketika melanin bertambah di iris, warnanya berubah dari biru ke hijau, ke hazel dan kemudiannya coklat. Selepas itu, beberapa warna gelap secara beransur-ansur akan mempengaruhi seluruh iris. Sama ada warna mata berubah atau tidak, terus menikmati keindaham mata anak anda yang masih kecil.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *