Anak kurus tinggal tulang dan tenat di hospital. Alasan ibu bapa ini sibuk bekerja

Anak kurus tinggal tulang dan tenat di hospital. Alasan ibu bapa ini sibuk bekerja

Seorang anak adalah anugerah dan amanah kepada kedua ibu bapa. Ketika kecil, ibu dan bapalah tempat mereka bergantung harap dalam segala hal. Jika kedua ibu bapa tidak bertanggungjawab terhadap anaknya, maka binasalah kehidupan anak tersebut. Dr. Ana Yasmin Azmi telah berkongsi satu kisah menyayat hati di twitternya mengenai seorang anak kecil yang kurus kering hingga tinggal tulang sedang tenat di hospital.

Puncanya adalah ibu bapa terlalu sibuk bekerja dan anak tidak mahu makan, jadi dibiarkan tidak makan secukupnya selama dua minggu. Alasan sibuk bekerja itu sepatutnya diuruskan dengan mengambil kira kewujudan anaknya, namun alasan anak tidak mahu makan itu adalah bukti bahawa ibu bapa tidak mempunyai pengetahuan mengenai habit anak-anak kecil.

Anak kecil tak mahu makan adalah tingkah laku kanak-kanak yang normal

Muram je muka dia. Imej dari Freepik

Anak kecil tak mahu makan adalah perkara normal. Maksud lainnya di sini, ibu bapa sendiri perlu mengurus sebaiknya agar anak kecil kita berselera untuk makan kembali. Maka, perlu simpan dalam minda kita bahawa anak kecil tak mahu makan tidak lain dan tidak bukan adalah tingkah laku kanak-kanak yang biasa. Punca-punca anak kecil tidak mahu makan jika tiada sebarang masalah besar adalah kerana:

  • Pilihan makanan peribadinya (mungkin dia lebih suka peha ayam sahaja)
  • Tak berapa lapar
  • Keengganan untuk mencuba sesuatu yang baru
  • Penyakit kanak-kanak yang biasa (seperti sakit tekak atau sakit perut)
  • Hari cuti dari makan

Di saat seisi keluarga sedang menikmati pelbagai makanan ketika makan, anak kecil itu mungkin mahu makan hanya nugget ayam atau roti sandwich. Jadi kebanyakan kes mereka tak mahu makan kerana pilihan makanan peribadinya.  Apa pun masalahnya, ibu bapa tidak boleh memaksa anaknya untuk makan. Oleh sebab itu, pendekatan yang lebih baik adalah dengan mencuba memasukkan sekurang-kurangnya salah satu makanan pilihan mereka yang sihat pada setiap hidangan sambil juga menawarkan makanan lain.

Anda boleh membiarkan mereka makan (atau meletakkan) hanya apa yang mereka suka di pinggan. Mereka mungkin membuang nasi dan sayur, tetapi dengan seronoknya memakan ayam yang ada. Kuncinya adalah dengan menyediakan pelbagai makanan dan memastikan perkara positif.

Kurangkan beri makanan atau minuman secara ringan kepada anak kecil pada siang hari

Seperti yang disebut sebelum ini, semua ini juga berkaitan kemahiran ibu bapa itu sendiri mengurus pemakanan anaknya, tidak kiralah sibuk atau tidak. Ibu bapa perlulah mengurus masa dan cuba beberapa cara seperti dicadangkan oleh portal kesihatan Healhtline ini.

 

Suka makan sikit-sikit. Imej dari Freepik

Pertamanya, pastikan ruang makan di rumah berada dalam dalam keadaan santai dan setiap orang mempunyai ruang untuk menikmati makanan mereka. Gunakan perkara yang boleh menceriakan suasana, contohnya seperti cari kerusi yang sesuai untuk anak anda sehingga dia merasa selesa di meja makan.

Keduanya, kanak-kanak tidak memerlukan makanan yang sama banyak seperti orang dewasa. Oleh itu, jika anda meletakkan terlalu banyak makanan di pinggannya, ia mungkin tak habis. Jadi, cuba letakkan jumlah makanan yang lebih kecil di hadapan si kecil anda. Kalau nak lagi, mereka akan minta untuk ditambah.

Seterusnya, jangan susun waktu makan anak anda terlalu dekat dengan waktu tidur atau terlalu awal sebelum atau selepas membuat sesuatu aktiviti. Selain itu, memaksa atau menjerit pada anak anda untuk makan tidak membantu keadaan. Setelah mereka menjadi marah atau mula menangis, mereka takkan berselera untuk makan.

Apa kata, benarkan anak anda menolong anda memilih makanan baru untuk dicuba. Galakkan mereka untuk membantu, merancang, membeli-belah, dan menyediakan makanan. Sekiranya mereka membantu menyediakan makanan, mereka mungkin lebih teruja untuk makan. Akhir sekali, kurangkan beri makanan atau minuman secara ringan kepada anak kecil pada siang hari. Ini kerana perut mereka kecil dan menyebabkan mereka mudah kenyang. Jika sudah kenyang, bila tiba waktu makan yang betul, mereka tidak lagi berselera.

Sekiranya anak anda tidak mahu makan lebih dari jangka masa yang agak lama, anda mungkin boleh mempertimbangkan kemungkinan berlakunya kesakitan akibat gigi tumbuh, tidak berasa sihat, atau keletihan. Jika terlalu serius, pergilah bertemu doktor atau pakar kanak-kanak seawal atau secepat mungkin.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *