Suka makan bawang mentah. Rahsia arwah Ungku Aziz sihat hampir 100 tahun

Suka makan bawang mentah. Rahsia arwah Ungku Aziz sihat hampir 100 tahun

Seorang cendekiawan, tokoh, penerima anugerah profesor diraja serta pengasas Tabung Haji. Begitulah hebatnya Allahyarham Profesor Diraja Ungku Aziz yang telah meninggalkan kita semua setelah disahkan pergi buat selama-lamanya pada usia 98 tahun. Beliau meninggal dunia pada 15 Disember 2020 ketika menerima rawatan di Hospital Prince Court.

Sepanjang hidupnya, bukan sahaja jasanya yang menjadi inspirasi, malah cara beliau menjaga kesihatan juga menjadi bualan ramai. Walaupun kehidupannya dalam dunia akademik yang begitu mencabar, tidak sedikit pun menghalang beliau mengamalkan gaya hidup sihat sehingga dikurniakan usia yang agak panjang – hampir 100 tahun.

Salah satu yang menjadi rahsia, namun telah dikongsi ramai pihak ialah beliau suka makan bawang mentah. Dikatakan beliau memakan bawang seperti makan epal. Tak dapat dinafikan dari sudut saintifik, bawang memang sangat banyak manfaat. Sekalipun sayur-sayuran lain juga mempunyai banyak manfaat, bawang pula mempunyai keunikan tersendiri.

Apa yang terkandung dalam sebiji bawang?

Makanlah bawah seperti makan epal. Imej dari BBC

Bagi saiz hidangan sebiji bawang sederhana (148g), ia mengandungi nutrisi seperti di bawah:

  • Jumlah lemak: 0g (0%)
  • Jumlah Karbohidrat: 11g (4%)
  • Serat Makanan: 3g (12%)
  • Gula: 9g
  • Kolesterol: 0mg (0%)
  • Natrium: 5mg (0%)
  • Kalium: 190mg (5%)
  • Protein: 1g
  • Vitamin C: (20%)
  • Kalsium: (4%)
  • Zat besi: (4%)

Dari fakta nutrisi di atas, terbukti bawang ini kaya dengan vitamin C, nutrien yang terlibat dalam menyusun kesihatan imun, pengeluaran kolagen, pembaikan tisu dan penyerapan zat besi. Vitamin C juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat dalam tubuh anda, melindungi sel anda dari kerosakan yang disebabkan oleh molekul tidak stabil yang disebut radikal bebas.

Secawan bawang yang dipotong juga menyediakan sekurang-kurangnya 13.11% pengambilan vitamin C harian orang dewasa yang disyorkan. Sebagai antioksidan, vitamin ini membantu mengatasi pembentukan sebatian radikal bebas yang mempunyai kaitan dengan barah.

Mampu mencegah penyakit tiga serangkai yang sering dihidapi kebanyakan rakyat Malaysia

Bukan biasa-biasa rakyat Malaysia. Imej dari Harian Metro

Quercetin adalah antioksidan flavonoid yang sangat pekat dalam bawang. Oleh kerana ia adalah anti-radang yang kuat, ia dapat membantu mengurangkan faktor risiko penyakit jantung, seperti tekanan darah tinggi. Sebuah kajian yang dilakukan ke atas 70 orang yang mempunyai berat badan berlebihan dengan tekanan darah tinggi, mendapati bahawa dos 162 mg sehari ekstrak bawang yang kaya dengan quercetin mengurangkan tekanan darah sistolik sebanyak 3-6 mmHg berbanding makan sebiji ubat.

Selain itu, sebuah lagi kajian terhadap 54 wanita yang mengalami sindrom ovarium polikistik (PCOS) mendapati bahawa memakan sejumlah besar bawang merah mentah (40-50 gram sehari jika berat badan berlebihan dan 50-60 gram sehari jika gemuk) selama lapan minggu mengurangkan sejumlah kolestrol LDL “jahat”. Ini menunjukkan bahawa bawang mampu mengurangkan tahap kolestrol seseorang.

Bukan setakat itu sahaja, amalan memakan bawang boleh membantu mengawal gula dalam darah, yang sangat penting bagi penghidap diabetes atau pra-diabetes. Satu kajian yang dijalankan kepada 42 penghidap diabetes jenis 2 menunjukkan bahawa makan 100 gram bawang merah segar mempercepatkan pengurangan kadar gula dalam darah sekitar 40 mg/dl selepas empat jam.

Dan terakhir yang boleh dikongsi adalah hasil sebuah kajian terhadap 24 orang wanita di pertengahan usia dan pasca-menopause menunjukkan bahawa mereka yang minum 100 ml jus bawang setiap hari selama lapan minggu telah meningkatkan kepadatan mineral tulang dan aktiviti antioksidan berbanding dengan orang lain. Jadi, bawang mampu mencegah penyakit osteoporosis (tulang lemah dan rapuh).

Kajian demi kajian membuktikan manfaat bawang dari tulang sampailah ke jantung. Jangan lepaskan peluang untuk amalkan makan bawang seperti Allahyarham Profesor Diraja Ungku Aziz!

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *