Terasa sakit di bahagian belakang mata. Ini mungkin gejala serius ramai tak tahu

Terasa sakit di bahagian belakang mata. Ini mungkin gejala serius ramai tak tahu

Mesti ramai antara kita yang pernah berdepan dengan sakit kepala di sebelah kiri. Kita mungkin tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang serius. Jika tidak dirawat dan dicegah, keadaan itu mungkin boleh menjadi serius. Oleh sebab itu, penting untuk kita mengetahui punca seseorang terkena sakit kepala belah kiri.

Terdapat tiga punca utama yang menyebabkan kita sakit kepada sebelah kiri termasuk:

  • migrain
  • sakit kepala tegang
  • sakit kepala kluster

Migrain biasanya terjadi selama 4 hingga 72 jam

Otak kiri sakit. Imej dari Dr. Roy Nissim

Migrain dicirikan sebagai sakit kepala yang teruk, yang mungkin berdenyut dan biasanya di satu sisi kepala. Kesakitan mungkin bermula di sekitar mata atau pelipis mata dan kemudian merebak ke seluruh kepala. Sakit kepala yang dianggap migrain akan disertai satu atau lebih gejala-gejala berikut:

  • perubahan pada penglihatan
  • pening dan muntah
  • kepala terasa pusing
  • terlalu sensitif terhadap bunyi, cahaya, sentuhan, atau bau
  • tidak rasa atau terasa kebas di muka atau kaki

Migrain biasanya terjadi selama 4-72 jam. Seseorang yang mengalami migrain mungkin merasa perlu berbaring. Penyebab asas migrain tidak difahami sepenuhnya. Walau bagaimanapun, ia dianggap berkaitan dengan fungsi otak dan saraf atau saluran darah di sekitar otak menjadi lebih sensitif. Migrain boleh terjadi kerana:

  • tekanan
  • makanan tertentu, seperti alkohol, keju, atau coklat
  • tidur terlalu banyak atau terlalu sedikit
  • lampu terang atau lampu yang berkelip
  • bunyi kuat
  • bau yang kuat, seperti minyak wangi

Sakit kepala tegang disebabkan ketegangan di leher atau bahu

Kawasan sakit apabila terkena sakit kepala tegang. Imej dari The Physio Movement

Sakit kepala tegang mungkin berlaku pada satu sisi kepala sehingga boleh menjadi penyebab sakit kepala di sebelah kiri. Walau bagaimanapun, sakit kepala tegang biasanya tidak terkena sebelah kepala sahaja seperti migrain. Ia kurang teruk daripada migrain tetapi masih boleh menyebabkan banyak kesakitan. Gejala-gejalanya termasuk:

  • sakit yang kuat dan menekan yang mungkin bermula di belakang mata dan merebak ke dahi atau belakang kepala
  • terasa tegang pada otot leher dan bahu
  • sakit terasa lebih teruk pada penghujung hari

Sakit kepala tegang disebabkan oleh ketegangan otot. Ia berpunca daripada sebab-sebab berikut:

  • tekanan
  • ketegangan di leher atau bahu
  • postur badan yang lemah
  • kecederaan leher sebelumnya

Pening kepala kluster belakang sebelah mata

Imej dari Premier Neurology & Wellness Center

Sakit kepala kluster sangat menyakitkan dan berlaku di satu sisi kepala. Gejalanya termasuk:

  • sakit di belakang sebelah mata, sebelah pelipis mata, atau sebelah dahi
  • kesakitan menjadi semakin teruk selepas 5-10 minit
  • kesakitan teruk dirasai antara 30-60 minit
  • kesakitan yang kurang teruk mungkin berterusan sehingga 3 jam

Gejala lain yang berkaitan termasuk:

  • hidung tersumbat atau berair
  • kelopak mata yang terkulai
  • sebelah mata berair dan kemerahan

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *