Minum jus untuk kurangkan kolestrol dan cantikkan kulit? Cuba resipi jus Roselle ni!

Memandangkan musim sekarang yang tak menentu – sekejap panas, sekejap hujan, mesti ramai yang senang jatuh sakit, terutamanya kanak-kanak dan orang-orang tua. Nak pula masa tengah pandemik ni.
Jadi, sementara musim PKP yang masih berlangsung dan anda pun masih bekerja dari rumah, apa kata kita bereksperimen sikit minum minuman sihat yang boleh jadi pengganti kepada air sirap, iaitu air Roselle.
Apa khasiat sebenar Roselle?
Sebenarnya, Roselle atau nama latinnya, Hisbiscus sabdariffa biasanya digunakan sebagai tanaman hiasan. Tapi memandangkan bunganya nampak seperti berbuah ranum, maka terjadilah teh dan minuman Roselle ni. Bagi anda yang tak pernah minum air Roselle, ia boleh diumpamakan macam air Ribena. Tapi, lebih segar dan sihat! Malah, anda boleh tukarkan penggunaan gula putih yang ada dalam resipi sedia ada kepada penggunaan madu.
Macam yang kita sebut tadi, minuman Roselle ni sendiri kaya dengan kandungan antioksidan dan vitamin C, di mana kelopak bunga Roselle mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi berbanding buah-buahan lain sehingga mampu meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan pelbagai penyakit.
Selain tu juga, Roselle juga kaya dengan pelbagai mineral seperti kalsium, fosforus, potassium dan zat besi. Selain vitamin C, Roselle juga mengandungi vitamin B1, B2 niasin, vitamin D dan asid amino yang baik untuk stamina kita.
Yang bagusnya, Roselle juga dikatakan dapat mengurangkan kesan negatif dan nikotin bagi para perokok tegar:
- Tinggi kandungan vitamin C & antioksida mencegah penyakit yang berkaitan dengan jantung.
- Meningkatkan sistem imun & memberi perlindungan dari radikal bebas.
- Baik untuk kecantikan kulit.
- Melancarkan sistem penghadaman & membantu penurunan berat badan.
- Meredakan panas badan.
- Mengurangkan kolestrol
- Mengekalkan badan yang sihat
Jadi, dah bersedia nak buat air Roselle yang sangat mudah dan berkhasiat ni? Jom cuba!
Bahan-bahan:
- 5-6 kuntum bunga Roselle yang telah dibuang biji.
- 8-9 mug air
- Sehelai daun pandan (kalau tak nak pun tak apa)
- Gula secukupnya (atau guna madu sebagai pengganti)
Cara penyediaan:
- Bersihkan bunga Roselle sebersihnya.
- Rebuskan air terlebih dahulu, biarkan menggelegak.
- Masukkan daun pandan jika suka.
- Kemudian masukkan bunga Roselle ke dalam air menggelegak selama 15 – 20 minit.
- Masukkan air lagi kalau warna terlalu pekat.
- Masukkan gula secukupnya untuk rasa manis sedikit dan tak menenggelamkan rasa Roselle. Guna madu, lagi baik!
- Tunggu sejuk sikit, kemudian tapis airnya dan sisa Roselle. Sisa ni boleh dijadikan jem juga tau!
- Hidangkan di dalam gelas berserta ais!

Selain Roselle dari buah segar, ia juga mudah didapati dalam bentuk kering yang kadang-kala boleh didapati di kedai teh. Tapi sebenarnya yang baik adalah buat sendiri dari buah Roselle segar yang baru dipetik di sekeliling rumah. Kalau takde tu, boleh la cari di pasar dan buat sendiri ikut resipi kita ni. Nak pula bila kita boleh hadkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman kita. Yang penting, kurangkan gula dalam minuman, dan tambahkan manis dalam senyuman!
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat
Thanks for the page