Daging import Ramly Burger disahkan selamat. Ini sebab yang diberikan…

Daging import Ramly Burger disahkan selamat. Ini sebab yang diberikan…

Isu daging import semakin hangat diperkatakan ketika ini. Setelah terbongkarnya operasi kartel daging haram selama 40 tahun, kita semua tertunggu-tunggu hasil siasatan yang sedang dijalankan. Pastinya nama-nama pembekal daging tersebut akan ditunggu-tunggu semua kerana kita akan berwaspada dan berhenti membelinya.

Oleh kerana masih tiada pendedahan nama-nama pembekal, maka beberapa syarikat pembekal daging ternama di negara ini tampil mengeluarkan kenyataan masing-masing. Antaranya adalah pembekal daging terkenal milik tempatan iaitu Ramly Burger.

Hanya mengimport daging dan lain-lain bahan mentah terus daripada pengeluar dari luar negara

Memang layan burger ni. Imej dari SAYS

Melalui FB page Ramly Halal Kiosk Malaysia, suatu kenyataan telah disiarkan mengenai status daging import milik Ramly Food Processing Sdn Bhd (RFPSB). Pengarah Urusannya, Datuk Dr Ramly Mokni menyatakan bahawa urusan daging import yang mereka uruskan disahkan halal dan mengikut prosedur yang betul.

“RFPSB hanya mengimport daging dan lain-lain bahan mentah terus daripada pengeluar dari luar negara dan dipantau sendiri oleh JAKIM secara berkala dan disahkan HALAL. TIADA PENGLIBATAN ORANG TENGAH. RFPSB adalah syarikat Bumiputera Muslim yang dimiliki oleh sebuah keluarga dan kami amat menitik beratkan serta berhati-hati dalam isu ini sejak dulu.” – Datuk Dr Ramly Mokni

Dalam laman web rasmi Ramly Burger sendiri telah dinyatakan mengenai konsep Halalan Thoyiba dalam operasi produk mereka. Halalan Thoyiba bermaksud dibenarkan dan disahkan menurut undang-undang untuk penggunaannya berkaitan dengan undang-undang Syariah selagi ia selamat dan tidak berbahaya.

Dalam kita sibuk bercakap pasal isu daging ini, nampaknya sudah tiba masanya untuk kita ambil tahu tentang manfaat pengambilan daging dalam pemakanan seharian kita.

Penghasilan antibodi yang melindungi tubuh dari jangkitan sehingga menguatkan sistem imun badan.

Sekali-sekala layan makan steak. Imej dari WinNetNews

“Daging telah dimakan oleh manusia, kadang-kala dalam jumlah yang luar biasa, sepanjang sejarah dan dianggap oleh antropologi sebagai salah satu faktor yang menyebabkan evolusi otak yang lebih besar.” – Petikan dari Oxford Academic

Mungkin ramai yang tersalah anggap mengenai pengambilan daging yang boleh membawa penyakit. Namun, fakta itu kurang tepat.  Ini kerana lebih banyak kelebihan mengambil daging dalam diet makanan kita. Antara kelebihan-kelebihan yang disenaraikan oleh Medical Daily adalah seperti berikut:

  • Daging mengandungi jumlah protein yang banyak. Protein meningkatkan keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan tubuh seseorang. Manfaat lainnya pula adalah membantu pembinaan tisu serta penghasilan antibodi yang melindungi tubuh dari jangkitan sehingga menguatkan sistem imun badan.
  • Daging kaya dengan zat besi, zink dan selenium. Sementara zat besi membantu dalam pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen ke bahagian tubuh anda yang berbeza, zink pula membantu dalam pembentukan dan metabolisme tisu serta selenium memecahkan lemak dan bahan kimia dalam badan.
  • Vitamin A, B dan D biasanya terdapat di dalam daging juga. Vitamin ini bukan sahaja dapat membantu menjadikan penglihatan yang baik, gigi dan tulang yang lebih kuat, tetapi juga menyokong sistem saraf pusat sehingga meningkatkan kesihatan mental juga.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *