Kenapa ada orang mengalami alahan selepas disuntik vaksin COVID-19? Ini kerana…

Kenapa ada orang mengalami alahan selepas disuntik vaksin COVID-19? Ini kerana…

Seperti yang kita tahu, Malaysia telah pun menempah vaksin COVID-19 dari beberapa negara yang berjaya menghasilkannya. Ini termasuklah vaksin keluaran Pfizer (Amerika Syarikat), AstraZeneca (UK), sinovac dan CanSinoBio (China), The Gamaleya National Center (Rusia). Vaksin keluaran Pfizer akan diterima bermula pada suku pertama 2021 dan seterusnya.

Selain Malaysia, beberapa negara telah pun menjalankan suntikan vaksin Pfizer terhadap rakyat mereka seperti Amerika Syarikat dan UK. Namun begitu, masih terdapat sedikit masalah terhadap penggunaan vaksin ini walaupun terlalu jarang.

Petugas kesihatan di US dan UK mengalami alahan selepas suntikan vaksin

Suntikan vaksin di UK.

Di New York, sudah lebih 30,000 menerima suntikan vaksin Pfizer pada akhir Disember 2020. Namun, terdapat satu kes yang mana seorang petugas kesihatan di sana mengalami tindak balas alahan atau alergik yang teruk selepas suntikan. Akhrinya, petugas itu dirawat dan berada dalam keadaan stabil.

Terdapat kejadian yang sama juga di UK apabila dua orang petugas kesihatan NHS di UK mengalami alahan. Kedua-dua orang itu mempunyai reaksi tidak lama setelah mendapat suntikan baru. Mereka menjalani rawatan dan kedua-duanya berada dalam keadaan baik sekarang.

“Kedua-dua pekerja kesihatan NHS itu mempunyai sejarah alergik serius dan membawa pen adrenalin bersama mereka.” – seperti dilaporkan oleh BBC

Kesan alahan bukan petanda bahawa vaksin langsung tak selamat

Keadaan ketika suntikan vaksin pneumokokal untuk bayi. Imej dari Utusan Borneo

 “Kesan sampingan selepas suntikan vaksin bukan indikator mutlak ia tidak selamat, sebaliknya memberi isyarat sistem imun tubuh sedang berfungsi dan bertindak balas terhadap suntikan diterima.” – Dr Seri Narti Edayu Sarchio, petikan dari Berita Harian

Keadaan kesan sampingan yang berlaku selepas disuntik ini dipanggil sebagai reaktogenesiti. Ia adalah kesan sampingan seperti sakit di tempat suntikan, keletihan, sakit kepala, otot dan sendi. Alahan juga boleh berlaku dalam pembentukan ruam, bengkak pada tekak atau lidah, sesak nafas, muntah, sakit kepala dan tekanan darah rendah. Selain itu, tindak balas alahan boleh berlaku akibat status hipersensitif tubuh terhadap bendasing atau alergen yang pada kebiasaannya tidak berbahaya seperti ubat-ubatan, makanan dan debunga.

Jadi tak perlu takut kerana vaksin COVID-19 keluaran Prizer bersifat reaktogenik setara vaksin kayap atau shingles berbanding vaksin influenza. Maka, dalam kes tertentu, ketidakselesaan akan dirasai selama beberapa hari selepas disuntik.

“Ketika ini Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti laporan rasmi hasil kajian vaksin COVID-19 daripada Pfizer-BioNTech sebelum ia boleh didaftarkan untuk penggunaan orang ramai.” – Dr Seri Narti Edayu Sarchio

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *