Belum selesai kes sedia ada, muncul bentuk baru virus Covid-19 dari Afrika Selatan

Belum selesai kes sedia ada, muncul bentuk baru virus Covid-19 dari Afrika Selatan

Seperti yang kita semua tahu, sebelum ini bentuk baru COVID-19 yang dinamakan sebagai B117 telah pun melanda dunia. Ia kini telah tersebar dan ditemui di 37  negara termasuk negara jiran kita, iaitu Singapura. Kebanyakan negara telah pun mengeluarkan arahan sekatan perjalanan terhadap penerbangan yang datang dari UK.

Pakar-pakar kesihatan juga telah menyatakan bahawa mutasi B117 ini lebih mudah dijangkiti yang menyebabkan peningkatan kes dan kadar kematian. Namun begitu, belum sempat dunia menangani mutasi baru yang datang dari UK ini, muncul pula mutasi baru dari Afrika Selatan.

Bentuk baru virus ini mungkin lebih bermasalah berbanding B117 UK

Perubahan pada pepaku virus. Imej dari News24

Seorang profesor perubatan di Universiti Oxford, John Bell telah menyatakan bahawa kedua-dua varian baru iaitu B117 (UK) dan 501Y.V2 (Afrika Selatan), mempunyai mutasi yang berbeza; mereka bukan mutasi tunggal.

“Dan mutasi yang berkaitan dengan bentuk Afrika Selatan adalah perubahan yang sangat besar dalam struktur protein (pepaku virus),” – kata Profesor John Bell

Namun begitu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa 501Y.V2 nampaknya tidak dikaitkan dengan gejala atau hasil yang lebih buruk, walaupun WHO terus melakukan penyelidikan mengenai varian tersebut. Menurut WHO, 501Y.V2 telah dilaporkan di empat negara lain.

Beberapa pakar kesihatan lain pula berpendapat bahawa varian ini jauh lebih bermasalah daripada B117 UK. Bagi Setiausaha Kesihatan UK, Matt Hancock merasa sangat bimbang tentang varian Afrika Selatan ini, dan menyebabkan UK mengambil tindakan untuk menyekat semua penerbangan dari Afrika Selatan.

“Ini adalah masalah yang sangat, sangat penting … dan lebih banyak masalah daripada varian baru UK.” – kata Matt Hancock kepada BBC UK

Kaedah terbaik untuk menghentikan jangkitan adalah dengan mematuhi peraturan sedia ada

Walaupun ketika ini, para pakar kesihatan sudah mempunyai idea yang lebih baik untuk berhadapan dengan B117, cabaran lain pula muncul untuk mengahadapi varian Afrika Selatan, 501Y.V2. Dalam keadaan ini, kaedah terbaik untuk menghentikan jangkitan adalah dengan mematuhi peraturan sedia ada – basuh tangan kita, pakai pelitup muka dan amalkan penjarakan fizikal.

Langkah kawalan yang disyorkan untuk menghalang penyebaran varian baru terus diuji, mengikuti panduan sedia ada dan mematuhi sekatan terhadap ‘Tangan, Wajah, Ruang’ serta mengehadkan jumlah kontak anda.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *