Bukan perintah berkurung, darurat yang diumumkan untuk bantu kesihatan awam

Bukan perintah berkurung, darurat yang diumumkan untuk bantu kesihatan awam

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan. YDPA juga turut berkenan terhadap cadangan Kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.

Kenyataan dari Istana Negara ini kemudiannya diperincikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassian melalui Perutusan Khas Darurat. Seperti yang dijelaskan, proklamasi darurat diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong bukan rampasan kuasa oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau penguatkuasaan perintah berkurung di negara ini.

Darurat boleh memeberi kuasa mengambil milikan sementara tanah, bangunan, atau harta alih hospital swasta

Pengumuman telah dibuat. Imej dari Berita Harian

Dalam ucapan Perdana Menteri, beliau mengatakan darurat ini akan beri kerajaan kuasa-kuasa tertentu agar wabak ini boleh dibendung dengan lebih berkesan serta perkhidmatan kesihatan yang disampaikan kepada rakyat, tidak lumpuh. Dalam tempoh darurat ini, kerajaan awam termasuk persekutuan dan negeri juga akan berfungsi.

Pekara paling utama, dalam tempoh darurat ini, YDPA boleh memasyhurkan apa-apa ordinan yang perlu mengikut hal keadaan semasa. Dalam situasi pandemik COVID-19 ini, beberapa ordinan boleh dimasyhurkan YDPA untuk membendung wabak ini yang merangkumi hal-hal berkaitan aset-aset kesihatan swasta.

Mengambil milikan sementara tanah, bangunan, atau harta alih hospital swasta, atau membuat permintaan untuk penggunaan sumber hospital swasta. Bagi tujuan merawat pesakit COVID-19. Sehubungan itu, kerajaan juga boleh mendapatkan penglibatan lebih inklusif daripada pihak swasta termasuk kemudahan jagaan kesihatan swasta. Bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh agensi kerajaan terutamanya hospital awam. 

Menerusi ordinan ini, bantuan yang diperolehi daripada pihak swasta meliputi sumber manusia, kepakaran, fasiliti, aset, makmal ujian dan utiliti.” – kata Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Darurat

 YDPA menasihati rakyat supaya bertenang, tabah dan cekal menghadapi pelaksanaan darurat ini

Apa pun yang berlaku, dalam kenyataan Istana Negara, YDPA menasihati rakyat supaya bertenang, tabah dan cekal menghadapi pelaksanaan darurat ini dan Perintah Kawalan Pergerakan demi keselamatan dan kepentingan bersama. Sekiranya tidak dibendung dan dikawal dengan berkesan, maka ia akan memudaratkan kesihatan rakyat dan kesejahteraan negara.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *