Kini berusia 41 tahun, Siti Nurhaliza kongsi kisah suka-duka proses IVF anak kedua

Kini berusia 41 tahun, Siti Nurhaliza kongsi kisah suka-duka proses IVF anak kedua

Setiap pasangan suami dan isteri sentiasa mengimpikan untuk mempunyai anak kandung sendiri. Menjadi satu lumrah untuk mereka mencuba mendapatkan anak mengikut perancangan mereka. Namun, tak semua mempunyai peluang yang sama. Kadang-kala, terdapat pasangan yang mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan zuriat dengan ikhtiar menggunakan rawatan melalui teknologi kesihatan.

Cabaran yang sama turut dilalui oleh selebriti terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tok Ti. Sempena hari jadi yang ke-41, Tok Ti telah berkongsi sebuah video bertajuk My IVF Story di channel Youtube-nya. Dalam video itu, beliau telah berkongsi kisah suka dan duka sepanjang proses IVF untuk mendapatkan zuirat.

“Ketika ini ada nampak tetapi masih kabur.”

Gambar hasil IVF yang dikongsinya

Untuk pengetahuan semua, Persenyawaan In Vitro (IVF) pada mulanya dikenali sebagai “bayi tabung uji”. Prosedur IVF ini memerlukan telur disenyawakan dengan sperma di dalam makmal untuk menghasilkan embrio. Seterusnya, embrio akan dimasukkan ke dalam rahim. Proses ini boleh dijalankan dengan mendapat telur daripada isteri dan sperma daripada suami.

Ketika mengandung anak pertama, Tok Ti telah berjaya menjalankan proses IVF ini. Namun, untuk mendapatkan anak kedua, ia mempunyai cabarannya yang tersendiri walaupun melalui proses yang sama.

“Pada dasarnya, ini adalah proses yang sama saya lalui semasa mengandungkan Aafiyah. Tetapi dengan dia (Aafiyah), saya tidak merasa terlalu banyak menangis, tetapi kali ini saya lebih banyak menangis sebab usaha saya bersama suami berjaya.” – kata Tok Ti dalam video Youtube

Katanya lagi, selepas enam hari proses itu dilakukan, ujian tidak menunjukkan tanda-tanda kehamilan. Hasil yang positif muncul selepas seminggu yang menyebabkan beliau menangis kerana teruja. Pada mulanya, doktor menasihatkan beliau untuk membuat ujian kehamilan selepas 10 hari, tapi dia tidak sabar sejak mengandung Aafiyah lagi.

“Sejak hari ke enam proses IVF , Siti mahu lihat hasil dan pada awal tidak nampak hasil sehingga ujian kehamilan yang ketujuh. Ketika ini ada nampak tetapi masih kabur. Selepas itu baru Siti guna ujian kehamilan Clearblue dan menampakkan hasil yang amat positif.

Tetapi jika mahu tahu keputusan yang sahih adalah melalui ujian darah. Jadi, saya buat ujian darah dirumah sahaja untuk mengetahui keputusan proses IVF dan kena tunggu dalam tempoh tiga jam.” – kata Tok Ti

Mahu memberi harapan kepada mereka yang mengalami situasi yang sama seperti dirinya

Akhirnya, ujian darah pertama mengesahkan yang beliau hamil, namun doktor agak tidak berpuas hati sebab bacaannya agak rendah dan doktor sarankan agar saya lakukan ujian darah kali kedua. Setelah membuat ujian darah kali kedua, beliau disahkan hamil anak kedua pada 1 Disember 2020.

Perkongsian yang dilakukan Tok Ti ini adalah kerana mahu memberi harapan kepada mereka yang mengalami situasi yang sama seperti dirinya. Baginya, bukan mudah untuk mendapatkan zuriat, namun kita haruslah percaya dengan rezeki Allah SWT dan terus berusaha untuk mendapatkan apa yang dimahukan.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *