Kes kematian COVID-19 ke-565 melibatkan wanita muda Sabah berpenyakit SLE

Kes kematian COVID-19 ke-565 melibatkan wanita muda Sabah berpenyakit SLE

Pelakasanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri serta PKPP danPKPB di negeri lain telah pun dimulakan. Tindakan ini diharapkan dapat menurunkan kadar kes positif dan kematian saban hari akibat COVID-19. Disebabkan masih baru dilaksankan, kes positif masih menunjukkan tanda-tanda peningkatan.

Pada 14 Januari 2021, negara kita mencatatkan kes positif paling tinggi dengan jumlah kes sebanyak 3,337. Selain itu, jumlah kematian yang dicatatkan pula pada hari sama adalah sebanyak 15 kematian. Dalam kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, kematian ke-565 melibatkan seorang wanita berusia 27 tahun yang mempunyai penyakit Systematic Lupus Erythemtosus (SLE). Pesakit telah pun meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.

Dianggarkan 10,000 orang di Malaysia telah disahkan mengidap penyakit SLE

“Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protein darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang.” – Seperti ditulis di Lupus Malaysia

Menurut Persatuan SLE Malaysia, dianggarkan 10,000 orang di Malaysia telah disahkan mengidap penyakit SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Statitistik di seluruh dunia menunjukkan bahawa lebih kurang 90% adalah wanita, manakala baki 10% pula adalah lelaki dan kanak-kanak. Sebenarnya, terdapat dua jenis Lupus iaitu:

  1. Discoid Lupus Erythematous (DLE): Ia hanya melibatkan kuli dan jarang merebak ke organ lain
  2. Systemic Lupus Erythematosus (SLE): Ia boleh merebak ke organ lain serta boleh mengakibatkan kematian

Orang yang mengidap penyakit SLE mungkin mengalami pelbagai gejala termasuk keletihan, ruam kulit, demam, dan sakit atau bengkak pada sendi. Gejala yang boleh dialami termasuk sensitif kepada cahaya matahari, bisul mulut, artritis, masalah paru-paru, masalah jantung, masalah buah pinggang, sawan, psikosis, dan sel darah dan keabnormalan imunologi.

Mempunyai kaitan dengan persekitaran, genetik dan faktor hormon

Buat masa sekarang ini, punca penyakit SLE masih belum diketahui. Tetapi Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan (CDC) di US berpendapat bahawa penyakit ini mempunyai kaitan dengan persekitaran, genetik dan faktor hormon. Tahap seriusnya penyakit ini boleh jadi ringan hingga mengancam nyawa.

Penyakit ini harus dirawat oleh doktor  yang pakar dalam merawat pesakit SLE. Orang berhadapan dengan penyakit lupus yang mendapat rawatan perubatan, rawatan pencegahan, dan pendidikan yang betul dapat meningkatkan fungsi dan kualiti hidup dengan ketara.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

 

4 thoughts on “Kes kematian COVID-19 ke-565 melibatkan wanita muda Sabah berpenyakit SLE

  1. Apply for Nova88 online football betting Betting on football through the web, the number 1, return the loss every day Total football betting camp big web slots Web slots are easy to break, wallet slots, easy to deposit and withdraw, support True Wallet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *