Perasaan takut untuk berkahwin. Ini gangguan yang dipanggil ‘Gamophobia’

Perasaan takut untuk berkahwin. Ini gangguan yang dipanggil ‘Gamophobia’

Perkahwinan merupakan impian dan cita-cita seseorang dalam menjalani kehidupan. Perasaan bahagia dan seronok bersama pasangan tercinta diraikan semaksimum yang boleh melalui dunia perkahwinan ini. Maka, ramai orang akan berjuang berhabis-habisan untuk menjadikan dunia perkahwinannya yang terbaik.

Sedar atau tidak, sebahagian daripada kita yang masih bujang tidak berani lagi untuk berkahwin. Ini berlaku berkemungkinan kerana perasaan takut untuk berkahwin dan berpasangan yang sentiasa menyelubungi kehidupan kita. Perasaan ini bukanlah sesuatu yang biasa. Dalam bab kesihatan mental, perasaan takut atau fobia ini dinamakan sebagai ‘Gamophobia’.

Ia dikaitkan dengan pengalaman masa lalu yang negatif

Imej dari The Asian Parent

Ketakutan untuk berkahwin, berpasangan atau berkomitmen dengan seseorang. Seorang gamophobia boleh menyukai seseorang, tetapi jika diajak berhubungan serius, perasaannya boleh hilang.” – Petikan dari FB OCD Bukan COD

Perkataan Gamos berasal dari bahasa Yunani untuk perkahwinan, manakala fobia seperti yang kita tahu, bermaksud ketakutan. Jadi, gamophobia diterjemahkan sebagai ketakutan terhadap perkahwinan atau takut akan komitmen. Secara terperinci, ia lebih daripada sekadar keengganan – ia adalah ketakutan yang melumpuhkan.

Terdapat beratus-ratus fobia sederhana dan gamophobia ini tergolong dalam kategori fobia sederhana. Fobia sederhana mempunyai fokus yang spesifik, jadi ia juga disebut sebagai fobia spesifik. Fobia jenis ini sangat biasa dalam kalangan masyarakat di dunia. Seperti di Amerika Syarikat (US), Persatuan Psikiatri Amerika (APA) menganggarkan bahawa sehingga 9% rakyat US mempunyai fobia sederhana.

“Agak sukar untuk menentukan punca seseorang itu mengalami gamophobia. Beberapa orang berpendapat ia dikaitkan dengan pengalaman masa lalu yang negatif. Dalam kes ini, kawasan otak yang disebut amigdala berkemungkinan memainkan peranan.

Ia mencatat reaksi anda terhadap peristiwa dan mengingatkan anda tentang perasaan anda ketika anda menghadapi peristiwa yang serupa. Trauma masa lalu yang melibatkan perkahwinan atau pasangan yang sudah berkahwin mungkin menjadi punca gamofobia.” – Seperti ditulis Dr. Sarah Lewis di Health Grades

Berkemungkinan boleh mengganggu kehidupan anda

Setiap gangguan dan penyakit mempunyai gejala-gejalanya tersendiri. Antara gejala-gejala gamophobia secara psikologinya adalah:

  • Rasa bersalah atau malu kerana takut akan perkahwinan atau komitmen
  • Ketakutan atau panik yang kuat terhadap perkahwinan atau komitmen
  • Kurang kawalan terhadap ketakutan perkahwinan atau komitmen
  • Rasa takut, beban atau bimbang tentang pemikiran perkahwinan atau komitmen yang luar biasa
  • Kesedaran bahawa ketakutan terhadap perkahwinan atau komitmen adalah berlebihan

Ketakutan terhadap perkahwinan atau komitmen berkemungkinan boleh mengganggu kehidupan anda. Sekiranya, ia mengganggu kemampuan anda untuk melakukan hubungan yang normal, berjumpalah dengan doktor. Usaha dan ikhtiar awal memberi peluang terbaik untuk mengatasi fobia dan mendapatkan kembali hubungan anda.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *