Kanak-kanak di Malaysia lebih ‘kemetot’ dari kanak-kanak di Gaza. Ini puncanya

Kanak-kanak di Malaysia lebih ‘kemetot’ dari kanak-kanak di Gaza. Ini puncanya

Kita sering melihat masalah kesihatan kanak-kanak hanya melibatkan kekurangan berat badan atau pun berlebihan berat badan (obesiti). Memang tak dinafikan bahawa kedua-kedua masalah itu penting untuk diberi perhatian. Namun, kebanyakan ibu bapa terlepas pandang mengenai masalah tumbesaran kanak-kanak terbantut yang kian bertambah teruk.

Realitinya, satu daripada lima kanak-kanak di Malaysia mempunyai masalah terbantut. Sebuah kajian telah mencatatkan bahawa kadar kebantutan di negara kita mencapai 20.7 peratus yang merupakan peratusan yang lebih tinggi berbanding di Tebing Barat dan Gaza yang merupakan kawasan berkonflik. Fakta ini memang menyedihkan dan perlu diberi perhatian serius oleh semua.

Peningkatan pemakanan mee segera dalam kalangan isi keluarga termasuk kanak-kanak

Kanak-kanak kecil diajar makan mee segera…

“Definisi bantut mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ialah masalah tumbesaran tidak normal akibat pengambilan makanan tidak seimbang dalam diet seharian bagi satu tempoh lama.”

Masalah bantut ini juga adalah berkaitan isu kekurangan nutrisi kronik yang membawa kepada kurang berat badan dan susut dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun. Kita semua perlu ambil tahu bahawa setiap kanak-kanak mempunyai standard tumbesaran mengikut usia mereka.

Salah satu punca masalah anak bantut adalah kerisauan tiada jaminan makanan dalam rumah (food security). Jadi, ibu bapa akan memilih makanan yang mudah didapati walaupun kurang nutrisi.  Contohnya, untuk seisi keluarga yang berpendapatan kurang dari RM2,000 serta tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur, mereka hanya membeli makanan yang mudah didapati untuk terus hidup.

Akibatnya, mereka sekeluarga termasuk kanak-kanak lebih banyak memakan mee segera, telur dan nasi, yang meningkat penggunaannya sekitar 40% hingga 50% selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama dilaksanakan. Untuk bertahan lama, makanan bernutrisi tinggi seperti sayura-sayuran tidak dibeli langsung kerana dianggap tidak berbaloi.

Bagi ibu bapa yang berpendapatan lebih RM5,000 serta tinggal di bandar, masalah kebantutan anak-anak mereka juga tidak diselesaikan. Ini terbukti dengan peratusan sebanyak 17.4 kanak-kanak mereka terbantut. Ini berkemungkinan kerana ibu bapa sibuk bekerja dan menyerahkan penjagaan anak kepada penjaga atau pembantu rumah yang kurang prihatin kepada anak tersebut. Cara penjagaan anak yang kurang sempurna akan berlaku terutamanya dalam aspek pemberian makanan sihat.

Masalah ini akan menjadi berantai apabila seorang anak yang terbantut apabila menjadi dewasa, lalu melahirkan anak yang turut mengikuti gen kebantutan. Sekaligus, kitaran generasi bantut terus berlaku. Bukan itu sahaja, corak pemikiran bahawa makanan bernutrisi seperti sayur-sayuran akan terus berulang. Ini membawa kita kepada masyarakat yang tidak mahu memakan sayur-sayuran yang telah dibuktikan di dalam kajian.

Kenapa ramai rakyat Malaysia tidak mahu membeli dan memakan sayur -sayuran?

Pemakanan sihat menunjukkan bahawa kita mengamalkan pemakanan seimbang yang memberi kita semua zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Dalam hal ini, bimbingan untuk semua tak kira kanak-kanak atau dewasa ialah piramid makanan Malaysia yang ramai telah lupakan. Penerangan piramid makanan Malaysia adalah seperti di bawah:

Walaupun, sayur-sayuran merupakan makanan yang perlu diambil dengan secukupnya, tetapi ia tidak diamalkan sebaiknya oleh rakyat Malaysia. Ini dibuktikan dalam data pengambilan per kapita bagi setiap rakyat Malaysia. Sebagai perbandingan, pengambilan per kapita untuk daging telah meningkat dari 24.8kg pada tahun 1982 menjadi 47.5kg pada tahun 2001. Untuk sayur-sayuran, pengambilan per kapita dari 27.25kg pada tahun 1982 dan meningkat sedikit sebanyak 40.58 kg pada tahun 2001. Dapat diperhatikan bahawa orang Malaysia lebih membeli dan memakan daging pada tahun 2001, walaupun harga daging lebih mahal.

Dari maklumat di atas, sebuah kajian berpendapat bahawa hal ini berlaku kerana orang ramai jika mahu membeli atau memakan sayur-sayuran lebih mengutamakan kualiti berbanding kuantiti yang dimakan. Berkemungkinan kerana orang ramai tidak gemar dengan sayur yang kurang berkualiti dan kurang sihat – menggunakan baja tiruan dan racun serangga. Oleh kerana itu, permintaan terhadap sayur-sayuran organik semakin mendapat tempat.

“Meningkatkan permintaan pengguna untuk sayur-sayuran berkualiti memerlukan pembangunan pasaran makanan dan peningkatan kualiti. Sebagai contoh, sayur-sayuran dari pasaran oragnik segar secara umumnya dianggap berkualiti tinggi. Salah satu daripada sifat terpenting kualiti adalah keselamatan makanan.” – kajian Universiti Putra Malaysia 

Namun, sayur-sayuran organik agak terhad pembekalannya di pasaran tempatan berbanding sayur-sayuran yang lain. Di pasaran Malaysia, sayur-sayuran yang dijual kebanyakan adalah sayur-sayuran bersuhu sederhana yang diimport dari China, Taiwan dan Thailand. Maka, ke manakah sayur-sayuran berkualiti tinggi yang ditanam di Malaysia dipasarkan?

Untuk sayur-sayuran organik yang diusahakan di Malaysia, projek yang dilakukan lebih kepada untuk sayur-sayuran itu dieksport ke luar negara kerana memberi pulangan lumayan buat negara. Dalam Rancangan Malaysia kesembilan (2006-2010), kerajaan menyasarkan pertanian organik yang dilaporkan mempunyai nilai berpotensi lebih dari US $ 200 juta selama 5 tahun.

Oleh itu, kebergantungan kita kepada sayur-sayuran yang diimport serta kurangnya pembekalan sayur-sayuran organik kepada rakyat sendiri boleh memberi kesan dari sudut kesihatan serta persepsi negatif terhadap kualitinya.

Budaya makanan kurang nutrisi, seluruh masyarakat bakal terkesan teruk

Masalah generasi masa hadapan yang terbantut serta ditambah pula dengan kurangnya bekalan sayur-sayuran berkualiti kepada rakyat sendiri, membawa kita kepada menjadi masyarakat yang memakan makanan kurang bernutrisi. Semuan masalah berantai ini sudah jelas setelah Laporan Nutrisi Global 2018 menunjukkan Malaysia satu-satunya negara Asia Tenggara yang menghadapi ketiga-tiga masalah iaitu, bantut, obesiti dan anaemi (kekurangan zat besi). Jadinya, kanak-kanak menjadi bantut dan orang dewasa pula menjadi malas bekerja.

“Kekurangan nutrien secara tidak langsung mengurangkan produktiviti pekerja dengan meningkatkan kebarangkalian terhadap penyakit dan jangkitan.’ – kata Dr. Madeline Berma

Terkejut!

Dengan masalah yang datang betingkat-tingkat ini, maka semua pihak perlu maju ke depan menggerakkan budaya hidup dan pemakanan sihat. Dengan sokongan pihak berwajib untuk membekalkan lebih banyak makanan berkualiti tinggi yang ditanam di negara ini serta kesedaran orang awam untuk mengambil makanan berkhasiat, tidak mustahil untuk kita semua menjadi masyarakat dan negara yang lebih cergas dan cerdas.

Kalau korang teringin nak dapatkan sayur-sayuran yang berkhasiat, korang boleh dapatkan dengan kawan kami di BoomGrow, diorang tanam sayur dengan teknologi moden dan mampu memenuhi keperluan nutrisi korang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *