Tanpa gunakan tanah, usahawan ini buka ladang sayur menegak dalam kontena

Tanpa gunakan tanah, usahawan ini buka ladang sayur menegak dalam kontena

Setiap hari dalam pemakanan kita, sayur-sayuran jarang kita abaikan sama ada dalam bentuk lauk ataupun salad. Namun, jarang kita ambil perhatian bahawa kebanyakan sayur yang kita makan itu bukanlah sayur segar dari dalam negara kita, tapi datang secara import. Jumlahnya sangat banyak dengan nilai import bersih RM18 bilion setiap tahun terdiri daripada tanaman, ternakan dan ikan.

Sayur seperti kubis dan cili itu sendiri hanya 50% kadar yang mampu kita hasilkan untuk memenuhi keperluan dalam negara. Ini petanda bahawa hasil pertanian dalam negara kita sendiri masih belum mencukupi. Ditambah pula, apabila beberapa petani komersial berskala besar di negara kita hanya mengimport sayur-sayuran gred A atas, ke Singapura dan negara-negara lain.

Jadinya, sayur-sayuran yang kita makan sekarang ini tidaklah sesegar yang kita inginkan kerana tempoh masa import itu sendiri. Kadang-kala ia mengambil masa berhari-hari, mahupun berminggu-minggu. Sudah pastinya juga, ladang dan kebun sayur yang datang dari jauh itu menggunakan cara penanaman tradisional yang melibatkan penggunaan racun serangga dan lain-lain.

Memerlukan hanya kawasan kecil serta dekat dengan kawasan penduduk

Dalam mendepani isu sayur-sayuran yang kurang segar dan bersih ini, seorang usahawan teknologi tempatan, Gerard Lim telah tampil dengan projek istimewanya. Demi memastikan sayur organik yang segar serta mudah dihantar berdekatan kawasan penduduk, beliau melalui syarikatnya Agroz Group Sdn. Bhd. telah mengusahakan pertanian menegak (vertical farming) di beberapa kawasan berdekatan kawasan penduduk.

“Dengan slogan “Farm to Fork in minutes”, Gerard mengatakan bahawa setiap ladang akan ditempatkan dalam jarak 30 minit perjalanan ke kawasan penduduk.

Beliau sudah memiliki ladang di Seri Kembangan, dan tidak lama lagi di Sg Buloh. Ladang mega di Shah Alam akan memenuhi kerperluan di Sunway, Subang Jaya, Puchong, Shah Alam, Klang dan komuniti kejiranan lain.” – Petikan dari Digital News Asia

Hanya dengan kawasan yang kecil seluas 300 kaki persegi melibatkan beberapa kontena, dan teknologi pertanian yang sangat moden, ladang ini berjaya menghasilkan 200 kg sayur organik setiap bulan. Nilai ini akan terus meningkat menjadi 3 tan sayur yang bersih dan segar setiap bulan, apabila 100,00 kaki persegi ladang sayur menegak siap sepenuhnya. Ini menjadikan syarikat beliau sebagai pengendali terbesar ladang menegak di Malaysia.

Penggunaan teknologi Internet Benda (IoT) serta tawaran kerja berpendapatan tinggi

Dalam memastikan hasil pertanian menegak ini boleh berulang dan memenuhi keperluan berskala besar, penggunaan teknologi Internet Benda (IoT), sensor, analisis Big Data, Kecerdasan Buatan (AI), Pembelajaran Mesin (ML) dan Blockchain dimanfaatkan sepenuhnya. Pada masa akan datang, penggunaan komunikasi 5G turut dielangkapkan dalam konsep pertanian menegak ini.

Dengan konsep ladang moden ini, selain daripada menyediakan sayur yang bersih dan segar, ia bakal membuka peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada penduduk setempat. Lagi-lagi dikala era pandemik COVID-19 yang menyaksikan ramai penganggur dan perniagaan gulung tikar.

Jika sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Agroz Group dan Agroz Indoor Vertical Farms boleh menghubungi [email protected] atau melayari AgrozGroup.com.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *