Pengsan ketika bertugas, seorang petugas kesihatan disahkan meninggal dunia

Pengsan ketika bertugas, seorang petugas kesihatan disahkan meninggal dunia

Seorang petugas kesihatan, Dr. Ali Noor Hassan telah pun disahkan meninggal dunia ketika bertugas. Menurut laman Facebook, Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia РSPJ Malaysia, beliau jatuh sakit kerana beban kerja dan terlalu penat serta letih. Selain itu, beliau dikatakan kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19. Beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan.

KEMASKINI DARI FB ISTERI ARWAH ASILAH ALQARNY : “Dia meninggal di HKL kerana acute respiratory distress bukan sebab covid/kepenatan bertugas melawan covid” – Petikan dari FB Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia

Merupakan ahli Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia

Gambar terakhir beliau yang diambil rakan. Imej dari SPJ Malaysia

Dr. Ali Noor Hassan merupakan ahli berdaftar Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) dan telah mengikuti SPJM sejak tahun 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada 2 tahun lepas.

“Dr Ali juga dikhabarkan seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai Ijtimak/perhimpunan Jemaah Tabligh di Beaufort, Sabah. Setiap kali Ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak.” – Petikan dari FB Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia

Kematian beliau turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah yang mengucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Dr Ali Noor bin Hassan atas pemergian beliau. Menurut Dr. Noor Hisham lagi, beliau merupakan seorang Pegawai Perubatan KKM yang amat disenangi oleh rakan-rakan sekerja, pesakit dan masyarakat setempat beliau.

Dr. Noor Hisham minta jangan sebarkan spekulasi mengenai kematiannya

Bagi menghormati jenazah serta ahli keluarga Allahyarham Dr Ali Noor, KKM memohon agar mana-mana pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes beliau.

“Adalah dimaklumkan bahawa ujian COVID-19 buat Allahyarham Dr Ali Noor adalah negatif. Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak awal Disember 2020 disebabkan penyakit lain dan telah menjalani beberapa sessi rawatan.” – Tulis Dr Noor Hisham

Marilah kita sama-sama memanjatkan doa dan peringatan buat arwah Dr Ali Noor. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.