Ashraf Muslim berkongsi kisah sedih ibu pesakit COVID-19 yang rosak paru-paru

Ashraf Muslim berkongsi kisah sedih ibu pesakit COVID-19 yang rosak paru-paru

Peningkatan kes COVID-19 setiap hari telah membuatkan kita bimbang kepada diri sendiri dan orang sekeliling kita. Jika sebelum ini kita hanya mendengar sedikit pengalaman pesakit COVID-19, kini kita dapat mendengar lebih ramai lagi pesakit berkongsi pengalaman dengan lebih terperinci. Tak kira sama ada petugas kesihatan, orang berpengaruh mahupun selebriti.



Bagi selebriti seperti Ashraf Muslim, perkongsiannya lebih mendebarkan kerana melibatkan orang tua yang sedang dirawat di Unit Rawatan Khas (ICU) akibat COVID-19. Seperti yang kita tahu, mereka yang lebih berumur akan menghadapi risiko yang lebih teruk berbanding mereka yang lebih muda. Dia berkongsi pengalaman ini apabila mengetahui seseorang individu lain yang menghadapi cabaran yang sama dengan dirinya.

Sampai rosakkan paru-paru dan buah pinggang ibu saya…

Ashraf Muslim pernah disahkan positif dan menjalani rawatan pada tahun lalu. Imej dari Hijabista

Dalam IG milik Ashraf Muslim, dia berkongsi suatu paparan skrin dari seorang individu yang ketika ini ibunya sedang tenat di ICU. Individu tersebut juga positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah. Tapi, dia tetap bimbang dengan situasi yang sedang dihadapi ibunya sendiri.

“Ya betul, sampai rosakkan paru-paru dan buah pinggang ibu saya… sampai sekarang ibu masih di ICU, doktor pun kata keadaan makin bertambah buruk. COVID-19 is real.” – tulis individu tersebut

Kerana merasa simpati, Ashraf Muslim telah memberi komen terhadap paparan skrin ini dengan meminta agar orang ramai sama-sama mendoakan ibu kepada individu tersebut bernama Manisah Kimin. Selain itu, dia turut mengingatkan semua bahawa COVID-19 ini adalah perkara realiti.

Kenapa paru-paru seseorang boleh rosak akibat COVID-19?

Apabila seseorang dijangkiti COVID-19, sistem imun badan akan bekerja keras melawan kemasukan virus ini. Ia menyebabkan paru-paru dan saluran udara anda membengkak dan keradangan. Ini boleh bermula di satu bahagian paru-paru dan merebak ke bahagian lain.

“Apabila virus masuk ke dalam badan anda, ia bersentuhan dengan selaput lendir yang melapisi hidung, mulut, dan mata anda. Virus memasuki sel yang sihat dan menggunakan sel tersebut untuk membentuk bahagian virus baru. Ia bertambah berlipat ganda, dan virus baru menjangkiti sel yang berdekatan.” – seperti ditulis di WebMD



Bayangkan saluran pernafasan anda seperti pokok yang terbalik. Batangnya adalah trakea atau saluran udara anda. Ia berpecah menjadi dahan kecil dan lebih kecil di paru-paru anda. Di hujung setiap cabang terdapat kantung udara kecil yang disebut alveoli. Di sinilah oksigen masuk ke dalam darah anda dan karbon dioksida keluar.

Virus COVID-19 boleh menjangkiti bahagian atas atau bawah saluran pernafasan anda. Ia bergerak melalui saluran udara anda. Lapisan boleh menjadi tidak selesa dan meradang. Dalam beberapa kes, jangkitan boleh sampai ke alveoli anda.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *