Berusia 30 tahun, tapi belum baligh dan berwajah budak. Ini apa yang berlaku

Biasanya, peminat K-drama dan filem Korea dapat membayangkan betapa kacak, putih dan tingginya pelakon kegemaran mereka. Namun, itu hanyalah sekadar dunia selebriti. Realitinya, di Korea masih ada lelaki-lelaki yang lebih unik daripada biasa. Laman web Koreaboo telah berkongsi suatu kisah menarik mengenai Shin Hyomyung.

Memang comel macam adik-adik. Imej dari Koreaboo

Jika dilihat pada gambar di atas, Shin Hyomyung adalah seperti seorang pelajar sekolah rendah dengan muka yang bulat, kusut dan suara macam budak-budak. Namun begitu, dia bukanlah seperti yang ada lihat dari segi umur kerana usianya pada waktu ini dalam lingkungan 30 tahun. Pasti ramai yang akan keliru dengan kisah sebegini dan tertanya-tanya, apakah yang berlaku?

Mengidap penyakit yang dikenali sebagai Sindrom Highlander

Menunjukkan kad identitinya yang lahir pada tahun 1989. Imej dari Koreaboo

Sebenarnya, Shin Hyomyung jadi begini kerana dia menghidap penyakit yang jarang berlaku, dinamakan sebagai Sindrom Highlander (Highlander Syndrome). Sindrom ini telah menyebabkan tumbuhnya bertambah usia pada kadar yang sangat perlahan. Disebabkan itu juga, dia dilaporkan belum lagi melalui fasa akil baligh. Sebelum ini beberapa kes yang sama pernah berlaku walaupun agak jarang.

“Kes Brooke Greenberg, seorang wanita Amerika yang tidak bertambah tua setelah mengalami sindrom highlander, menjadi subjek sejumlah laporan berita di Jepun beberapa tahun yang lalu.



Selain itu, terdapat beberapa kes pesakit wanita yang mengalami sindrom highlander yang dilaporkan; namun, kebenaran laporan ini tidak jelas, dan gen yang menyebabkan sindrom tersebut belum dapat dijelaskan.” – Buku yang ditulis oleh Naofumi Shiomi

Tetap menjalani kehidupan normal orang dewasa

Untuk Shin Hyomyung, dia dilaporkan berhenti membesar ketika sekolah menengah pada ketinggian 163 cm. Doktor mengatakan bahawa selain kebantutan, dia tiada masalah kesihatan lain pada dirinya. Walaupun begitu, rupa kebudak-budakannya itu tidak menghalangnya dalam berusha menjalani kehidupan yang normal. Dia dilaporkan juga meminum alkohol dan pergi ke kelab seperti lelaki Korea normal.



Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

 

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
KITASIHAT

Artikel Berkaitan