Kultur sel embrio ayam digunakan, Vietnam bangunkan vaksin COVID-19 sendiri

Kultur sel embrio ayam digunakan, Vietnam bangunkan vaksin COVID-19 sendiri

Pada 21 Januari yang lalu dalam satu majlis di Universiti Perubatan Hanoi, negara jiran kita, Vietnam memulakan ujian klinikal COVIVAC – calon vaksin Covid-19 kedua Vietnam yang dikembangkan berdasarkan varian coronavirus baru yang sangat berjangkit. Vaksin yang dibangunkan di negara sendiri ini telah dikembangkan oleh Institut Vaksin dan Biologi Perubatan (IVAC) yang berpusat di Nha Trang dan Universiti Perubatan Hanoi sejak Mei 2020.



Menggunakan kultur sel embrio ayam utama, teknik yang digunakan institusi ini sebelum ini berjaya menghasilkan vaksin-vaksin influenza yang lalu.” -Petikan dari The Star

Agensi Berita Vietnam menyatakan bahawa COVIVAC telah menjalani ujian pra-klinikal di India, AS, dan Vietnam. Hasil ujian ini menunjukkan bahawa ia memenuhi semua syarat untuk diuji pada manusia.

Dua fasa percubaan untuk 120 orang sukarelawan berusia 18 hingga 59 tahun

Vaksin sendiri yang dihasilkan pakar-pakar Vietnam. Imej dari VnExpress International

Dr Pham Van Tac, Pengarah Pentadbiran Teknologi dan Latihan Sains Kementerian Kesihatan Vietnam mengatakana bahawa calon vaksin ini menunjukkan ketahanan badan yang tinggi semasa ujian pra-klinikal. Ia dibuat berdasarkan kajian strain SARS-CoV-2 baru. Ia juga akan melalui dua fasa dalam percubaan, dengan yang pertama dilakukan pada lima kumpulan sukarelawan berjumlah 120 orang. Setiap kumpulan akan diberi dua suntikan selang 28 hari, dengan dos 1mcg, 3mcg, atau 10mcg.



Kemudahan Institut Vaksin dan Biologi Perubatan (IVAC) dapat menyediakan dari 6 juta hingga 30 juta dos vaksin COVIVAC setiap tahun. Vaksin COVIVAC dapat dipelihara dalam keadaan suhu dari 2-8 darjah Celsius sementara vaksin antarabangsa lain mesti disimpan pada suhu -70 darjah Celsius.

Sukarelawan berusia 18 hingga 59 tahun, telah direkrut oleh pasukan penyelidik. Suntikan pertama dijadualkan di Universiti Perubatan Hanoi pada bulan Februari.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *