Tak perlu sekat makan. Kisah lelaki ini turunkan berat badan 120kg ke 65kg

Tak perlu sekat makan. Kisah lelaki ini turunkan berat badan 120kg ke 65kg

Seperti yang kita tahu, negara kita mempunyai kadar tertinggi penyakit obesiti dalam kalangan orang dewasa di Asia Tenggara. Perkara ini tidak lagi mengejutkan kerana ia masih berlaku dan berpanjangan.

Masalah ini mungkin bertambah teruk lagi dalam situasi pandemik sekarang yang menyebabkan ramai antara kita menghabiskan masa di rumah.

Keadaan seperti ini pastinya merisaukan kita semua yang betul-betul nak jaga kesihatan. Jadinya, kita memerlukan sedikit motivasi dan inspirasi daripada orang lain agar kekal positif untuk menjaga kesihatan.

Itulah yang telah dilakukan saudara Abdullah Faiez Abd Rahman yang sudi berkongsi tips berdietnya yang berjaya menurunkan berat badan dari 120kg ke 65kg.

Dulu mempunyai penyakit darah tinggi, kini bebas daripadanya

Minat memancing

Di dalam group FB Diet Suku Suku Separuh, saudara Abdullah Faiez berkongsi secara terperinci bagaimana dia boleh melakukan semua ini. Dia bermula ketika berat badannya 120kg serta mempunyai penyakit darah tinggi kronik. Walaupun kini sudah berada pada berat badan 65kg, dia masih meneruskan diet dan menyatakan bahawa untuk maintain itu lebih mencabar.

“Walaupun dah kurus saya tetap amalkan berdiet..sebab diet dah jadi lifestyle saya..bagi saya diet ni takde tempoh..diet ni kita ubah gaya permakanan kita.” – tulis Abdullah Faiez

Terdapat beberapa tips yang dikongsikannya berdasarkan pengalamannya sendiri. Antaranya:

  1. Berhenti merokok: Kalau smoking lah. Lepas stop kita akan rasa perubahan pada diri
  2. Niat: Tanamkan niat kenapa kita berdiet. Fahami apa maksud diet. Tak dinafikan ada yang menganggap diet ni perlu kita sekat makan dan bertempoh
  3. Defisit kalori: Baginya terdapat dua cara. Pertamanya melalui pengambilan kalori. Pengambilan kalori kita 2000 kalori sehari. Untuk dapat defisit kita perlu makan hanya 70% saja dan 30% lagi adalah defisit. Kedunya, dia lebih gemar dapatkan defisit kalori melalui senaman. Contoh pengambilan kalori 2000 kalori sehari. Dia makan 2000 kalori sehari. Jadi tak ada defisit di situ kan. Dia akan bersenam dan bakar lebih kurang 500kalori sehari untuk dapatkan defisit kalori. Selain dapat defisit dia dapat manfaat lain iaitu meningkatkan stamina dan kardiovaskular.

Baginya juga, teknik Suku Suku Separuh adalah cara terbaik untuk berdiet

Rupa Abdullah Faiez yang terkini

Suku Suku Separuh adalah panduan pengambilan makan bagi satu hidangan. Yang mesti anda lakukan adalah “membahagikan” pinggan anda dengan cara berikut:

  • ¼ pinggan bijirin atau produk bijirin, lebih baik biji-bijian seperti beras perang atau roti gandum
  • ¼ piring ikan atau, ayam, daging, atau telur
  • ½ pinggan buah-buahan dan sayur-sayuran

Dengan semua perkongsian ini, bagi saudara Abdullah Faiez, adalah penting untuk kita mempercayai proses diet tanpa tergesa-gesa, berkawan dengan mereka yang positif untuk diet dan jangan bandingkan diri dengan orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *