Prof. Muhaya kata tak perlu ubat. Ini sebab pakar bagi pesakit mental makan ubat

Setiap bidang mempunyai orang yang berkepakarannya yang tersendiri. Begitu juga dalam hal berkaitan sakit mental, kita mempunyai para pakarnya. Disebabkan itu, jika seseorang itu berhadapan penyakit mental, dinasihatkan pergi ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan pakar. Bukan minta nasihat orang yang bukan ahlinya seperti pakar mata atau pakar telinga.
Isu berkaitan sakit mental ini menjadi topik hangat apabila seorang pakar bedah mata, Prof. Dr. Muhaya telah menjawab isu penyakit anxiety disorder (gangguan kebimbangan) dengan mengatakan pesakit supaya berhenti makan ubat dan jangan percaya. Semestinya jawapan ini menimbulkan kemarahan para pakar sakit mental yang lain. Namun, dia telah memohon maaf atas kesilapannya dalam satu video yang lain.
“Masih nak kata jangan makan ubat? Stop semua ubat tu? Takde guna ubat tu?
Isu sakit mental di negara kita ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng. Ini kerana saban hari ia menjadi semakin serius dengan statistik yang meningkat dan laporan-laporan kes yang sangat menyayat hati. Seperti kes yang berlaku pada Januari 2021 ini apabila seorang warga emas berusia 66 tahun yang membunuh diri akibat kemurungan setelah disahkan positif COVID-19.
Dia telah membayar kos yang tinggi di hospital swasta untuk rawatan COVID-19 dan mengajak isterinya ke bank untuk memindahkan wang sebanyak RM40,000 untuk tujuan rawatan COVID-19. Dari kes ini seorang pakar perubatan, Dr. Arisman telah mengaitkan dengan isu Prof. Dr Muhaya dengan mengatakan:
“Masih nak kata jangan makan ubat? Stop semua ubat tu? Takde guna ubat tu?? Doktor mana yang tak kecam dengar kenyataan tu… nonsense! Depression jangan diperlekehkan. Anxiety bukan lakonan. Stress bukan semua orang cari. Semua tu (kebanyakan) berlaku tanpa pesakit itu sendiri tahu mereka sedang berada dalam lingkungan penyakit itu sendiri.”
Rawatan ubat adalah lebih berkesan dan mudah untuk pesakit berbanding yang lain

Penyakit kemurungan (depression) dan gangguan kebimbangan (anxiety disorder) adalah antara penyakit mental yang memerlukan ubat dalam rawatannya. Sebagai contoh bagi rawatan penyakit anxiety, menurut seorang pakar psikiatri, Prof. Dr. Ramli Musa mengatakan bahawa rawatan anxiety mempunyai 3 kaedah. Ini termasuklah ubat, psikoterapi atau kaunseling dan Islamik.
Menurutnya, rawatan ubat adalah lebih berkesan dan mudah untuk pesakit berbanding yang lain. Dalam rawatan ini ada dua jenis ubat yang selalu doktor cadangkan iaitu:
- Antidepressant: Ubat ini adalah ubat penyembuh untuk masalah anxiety dan kemurungan. Ia mengambil masa dalam 2 minggu untuk menunjukkan kesan. Maka adalah penting pesakit meneruskan ubat untuk menampakkan kesan. Ia tidak ketagih seperti selalu pasakit saya bertanya.
- Benzodiazepine: Ia bukan ubat penyembuh sebenar namun ia ubat penghilang anxiety untuk seketika sahaja.
Untuk para pesakit mental, perlunya berjumpa doktor dan ubat kawalan tidak boleh dibeli. Penerangan secara mendalam oleh pakar psikiatri amat penting.
Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat