Sapu krim ‘tegangkan kemaluan’ di bibir menjadi trend. Para doktor beri amaran

Sapu krim ‘tegangkan kemaluan’ di bibir menjadi trend. Para doktor beri amaran

Para doktor dan pakar kesihatan telah memberi amaran agar orang ramai tidak mengambil bahagian dalam trend TikTok baru, yang mana seseorang menggunakan krim tegangkan kemaluan yang disapu pada bibir. Menurut laman web Daily Star, trend yang dimulakan oleh pengguna TikTok, Jerry Mal, menunjukkan bagaimana bintang muda itu menggunakan krim bantuan seksual pada bibir yang menyebabkan ia mengembang dalam beberapa saat.



Dia mendapat inpirasi melakukan hal ini selepas menonton sebuah filem yang melakukan perkara yang sama. Videonya itu berjaya menarik  3.5 juta tontonan. Namun begitu, dia terpaksa membersihkan bibirnya selepas 5 minit kerana merasa kurang selesa dan sakit. Apa yang dilakukan Jerry Mal ini telah menggoda orang ramai untuk mencubanya pula.

Sangat tidak masuk akal dan boleh menjadi sangat berbahaya kerana beberapa sebab

Pakar kesihatan dalam bidang rawatan kosmetik sangat terkejut dengan trend ini yang berjaya mempengaruhi ramai anak muda untuk mencubanya. Para profesional perubatan juga memberi amaran terhadap Jerry Mal kerana menggunakan platformnya untuk mempromosikan cara penggunaan krim yang salah.

“Meletakkan krim tegangkan kemaluan di bibir anda untuk mengembangkannya adalah sangat tidak masuk akal dan boleh menjadi sangat berbahaya kerana beberapa sebab. Individu yang mencuba ini boleh mengalami tindak balas alahan seperti luka, sengal, melecet dan bengkak yang tidak selesa.” – kata Dr. Ross Perry, pengarah perubatan Cosmedics

Selain itu, dia mengatakan bahawa kesan sampingan lain boleh berlaku dari penyerapan krim ketika masuk ke dalam badan, yang mana ia menyebabkan sakit kepala, masalah tekanan darah dan juga kemungkinan masalah jantung. Jika seseorang itu mempunyai biji-biji air (cold sore) pada anggota badan, krim itu boleh menyebakan ia sakit.

Pembentukan bisul pada tisu kulit yang menyebabkan jangkitan pada kulit

Seorang pakar dalam rawatan kosmetik, Aaron dari klinik ATYU London telah memberitahu Daily Star Online bahawa trend ini “tidak masuk akal”. Dia menjelaskan bahawa salah satu bahan dalam krim tegangkan kemaluan ini adalah Alprostodil, yang merupakan vasodilator (ubat yang digunakan untuk melebarkan urat darah, agar darah dapat mengalir dengan lebih lancar.)



“Penggunaan ini di bibir sangat tidak selamat, dengan kemungkinan kesan sampingan mulai dari ruam kulit hingga pembentukan bisul pada tisu kulit yang menyebabkan jangkitan pada kulit. Ini boleh mengakibatkan parut jangka panjang.” – kata Aaron

Penggunaan krim yang menghasilkan perubahan ini bersifat sementara, namun mempunyai potensi kesan sampingan jangka panjang.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *