Tiada alahan. Lelaki Malaysia ini kongsi pengalaman disuntik vaksin Pfizer di UK

Tiada alahan. Lelaki Malaysia ini kongsi pengalaman disuntik vaksin Pfizer di UK

Bagi kita rakyat Malaysia, pastinya tertanya-tanya mengenai keadaan dan situasi selepas disuntik vaksin COVID-19. Negara kita masih menunggu vaksin COVID-19 yang telah ditempah dari syarikat Pfizer-Biontech. Program vaksinasi akan bermula hujung bulan Februari 2021 yang melibatkan seramai 3,000 orang sukarelawan yang berusia 18 tahun ke atas dan sihat.



Sebelum menunggu program itu bermula, kita boleh mendengar dahulu pengalaman orang Malaysia yang berada di luar negara, yang sudah disuntik vaksin COVID-19. Seorang rakyat Malaysia yang bernama Sulaiman Mohammad telah berkongsi pengalamannya melalui ML Studio selepas disuntik vaksin keluaran Pfizer-Biontech di UK.

Of course benda ni benda baru kita akan rasa nervous dan skeptikal

Untunglah dah vaksin. Imej dari ML Studio

Di UK, kerajaannya sudah meluluskan tiga jenis vaksin COVID-19 untuk digunakan iaitu Pfizer-Biontech, Moderna dan Astrazeneca-Oxford. Golongan yang diutamakan untuk disuntik vaksin adalah para petugas kesihatan dan mereka yang berumur 80 tahun dan ke atas. Seperti Sulaiman, dia telah menjadi sukarelawan untuk suntikan vaksin Pfizer-Biontech yang memerlukan dua kali dos suntikan.

“Saya telah mendapatkan vaksin Pfizer, hari ini cukup seminggu daripada tarikh suntikan saya dos yang pertama. Of course benda ni benda baru kita akan rasa nervous dan skeptikal. Tapi nak tak nak, kita kena usaha. Jadi saya decide untuk ambil vaksin ni.” – katanya

Katanya lagi, selepas mendaftarkan nama, dia telah diberikan borang soal selidik untuk dijawab. Antara soalan yang ditanyakan adalah:

  • Ada alahan ke tak?
  • Pernah kena COVID-19?
  • Pernah ada alahan selepas suntikan apa-apa vaksin?
  • Sejarah kehamilan (untuk perempuan)
  • Sejarah menyusukan anak (untuk perempuan)

Selepas habis jawab semua soalan, dia diminta tunggu sebentar sebelum masuk ke bilik rawatan yang ditetapkan. Jururawat akan bertanya sekali lagi soalan-soalan yang kita jawab dalam borang soal selidik untuk pengesahan. Kemudian, kita akan ditanya oleh jururawat mengenai tangan yang mana satu sering digunakan. Dari situ, jururawat akan lakukan suntikan pada tangan yang jarang digunakan.

Memang rasa sakit kat tempat suntikan untuk dua hari

Selepas disuntik, jururawat akan bagikan kad yang mengesahkan yang kita telah divaksin untuk dos yang pertama. Kita akan ditempatkan di situ selama 15 minit untuk tengok kalau ada apa-apa kesan alahan selepas vaksin.

Saya habis 15 minit, saya tak ada alergik apa-apa dan dibenarkan balik. Biasanya sesetengah orang akan rasa sakit di tempat suntikan atau pun rasa macam nak demam, lenguh-lenguh badan, lenguh-lenguh sendi dan sakit kepala. Untuk saya, secara peribadi, saya tak demam. Tapi keesokan hari, memang rasa sakit kat tempat suntikan untuk dua hari.”- katanya

Tapi sebagai langkah berjaga-jaga, sebelum dan selepas suntikan, setiap hari dia akan makan vitamin C. Tapi tak tahu, ia membantu atau tidak, dia cuma ambil sahaja.



“Untuk sesiapa yang nak jadi sukarelawan untuk vaksin COVID-19, teruskan sahaja. Hanya perlu bersedia secara mental dan fizikal untuk suntikan vaksin.”

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *