Terasa muda kembali. Kisah wanita ini jaga badan lepas lahirkan empat orang anak

Terasa muda kembali. Kisah wanita ini jaga badan lepas lahirkan empat orang anak

Bagi para wanita, cabaran selepas berkahwin dan melahirkan anak, semestinyalah kenaikan berat badan dan pertambahan lemak pada bahagian-bahagian tertentu. Baju sedia ada akan bertambah ketat dan badan rasa tak berapa cergas. Maka, ramai antara wanita yang akan memikirkan cara yang terbaik untuk kembali mendapatkan bentuk dan berat badan yang sepatutnya.



Bagi Hazwah Mohamed, dia telah mencuba caranya yang tersendiri serta berkongsinya di dalam group FB Diet Suku Suku Separuh. Walaupun sudah berusia 40 tahun, tips yang dikongsikannya ini pasti boleh memberi motivasi kepada para wanita di luar sana yang sedang berjuang mendapatkan badan yang sihat.

Masa jaga makan je, badan tak fit. Posture badan tak cantik. Cuma badan nampak susut sikit

Setiap kali selepas melahirkan anak, beratnya pasti akan naik lebih kurang 5kg. Disebabkan dia pernah melahirkan empat orang anak, beratnya naik 20kg kalau dikira dari mula-mula kahwin dahulu. Namun, dengan usaha yang diinspirasikan dari nasihat jurulatihnya, dia dapat kembali merasa muda walaupun sudah berusia 40 tahun.



“Coach saya kata jaga makan 100%, senaman pun 100%. Dan saya percaya, dua-dua kena seimbang. Saya dah nampak hasilnya. Masa jaga makan je, badan tak fit. Posture badan tak cantik. Cuma badan nampak susut sikit.” – tulis Hazwah Mohamed

Menurutnya lagi, dari waktu dia mula bersenam (workout) pada bulan November 2020 sehinggalah Januari 2021, berat badannya memang tak banyak berubah. Tapi, bentuk badannya menunjukkan perubahan serta memang banyak berlaku inch loss. Bagi yang tak tahu, inch loss bermaksud pengurangan ukuran inci di sekitar kawasan lemak tersimpan dengan atau tanpa penurunan berat badan. Antara jenis-jenis senaman yang dilakukannya adalah seperti berikut, tapi semuanya kena ulang 5 set:

  • Heel touch 30 kali
  • Body squat 20 kali
  • Side Lunges 20 kali
  • Burpees 20 kali
  • Sumo squat 20 kali
  • Lying leg raise 20 kali
  • Lying crunches 20 kali
  • Steps 50 kali
  • Star jump 50 kali
  • Jumping jack + squat + burpees 10 kali
  • Lunges + squat + burpes 10 kali
  • Spider crawl 10 kali
  • Crab walk 10 kali

Kalau rasa hari tu nak makan sedap, saya makan je

“Makan pun saya jaga. Makan berpada-pada je. Kalau rasa hari tu nak makan sedap, saya makan je. Nanti saya boleh kurangkan portion waktu makan yang lain. Lagipun dengan workout yang saya buat, sebenarnya nak makan lebih dari suku suku separuh pun boleh.”- tulisnya

Selain itu, sangat penting untuk makan sayur dan ulam yang banyak dalam hidangan untuk kenyang. Bagi dirinya, dia sangat gembira dengan perjalanan gaya hidup dan diet ini. Dia tidaklah mempunyai sasaran tertentu, dia hanya mahu teruskan hidup seperti sekarang. Tak perlu terlalu tertekan dengan angka pada penimbang berat dan tak perlu tengok pun angka itu. Yang penting fokus pengambilan kalori, pembakaran kalori dan inch loss.

Suka dengan pengisian artikel ini? Mari dapatkan banyak lagi artikel berkaitan kesihatan dari kami dengan menyertai channel telegram kami di sini: https://t.me/kitasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *